kAmpung   thEAtrE   gEnE   shA   rUdYn   -   mEncArI   pEnyElEsAIAn

- - -

A S S A L A A M U 'A L A I K U M

*

pEAcE b UntO U

*

A L H A M D U L I L L A H I

R A B B I L 'A L A M I N

*

All prAIsEs And thAnks dUE tO AllAh,

lOrd Of thE wOrlds

- - -

ALL RIGHTS RESERVED

Gene Sha Rudyn 2001

E-mail: genesharudyn@hotmail.com

last updated 25 December 2001

- - -

CONTENTS

*

UlAr sAwA hIlAng bIsAnyA

*

sAyAng mAs

*

yOU, I, mAk yOU, mInAh I

*

t.I.E. - kEtErAngAn

*

hide-outs        the safe        on record        first degree        of a feather

word on the street        rap sheet        the next hit        writing on the wall


ULAR   SAWA   HILANG   BISANYA   oleh   gene   sha   rudyn   Jan   1998

*

* *

* * *

* * * *

* * * * *

* * * * * *

* * * * * * *

"SEBELUM TIRAI DISINGKAP"

Program Teater-dalam-Pendidikan "Ular Sawa Hilang Bisanya" secara tidak langsung adalah satu penghormatan dari diri saya kepada Allahyarham Haji Shariff Medan (Tok Haji).

Dari rancangan radio 'Pak Haji Bercerita' dalam tahun-tahun 1970-an, terilham sebuah program yang berhasrat menimbulkan persoalan semangat kerjasama dan bantu-membantu di kalangan se kumpulan penduduk dan sekaligus membuka mata kepada kesinambungan keseimbangan dalam alam semulajadi yang amat rapuh.

Dalam dongeng "Ular Sawa Hilang Bisanya", Ular Sawa ditipu oleh binatang-binatang lain hingga mempercayai bahawa bisanya sudah tidak meninggalkan kesan.

Beliau begitu kecewa dengan dirinya sendiri hingga memuntahkan semua bisanya.

Binatang-binatang lain seterusnya memakan bisa Ular Sawa untuk menguatkan pertahanan diri mereka masing-masing.

Dalam Teater-dalam-Pendidikan "Ular Sawa Hilang Bisanya", yang menjadi persoalan adalah bagaimana binatang-binatang itu bekerjasama menewaskan Ular Sawa (yang begitu perkasa hingga ia hanya perlu mematuk bekas tapak kaki binatang lain untuk memusnahkan binatang itu).

Program Teater-dalam-Pendidikan "Ular Sawa Hilang Bisanya" juga merupakan sebuah program 'Hijau' di mana hampir semua busana yang digunakan adalah barangan guna-semula (Recycled).

-

- - -

- - - - -

- - - - - - -

- - - - -

- - -

-

"PENYINGKAP TIRAI"

Teater-dalam-Pendidikan "Ular Sawa Hilang Bisanya" mengisahkan seorang 'Tok' yang bercerita kepada 'Anak-anak' tentang dongeng "Ular Sawa Hilang Bisanya" dengan bantuan beberapa orang anak-anak yang lain.

Dongeng itu menceritakan tentang tiga sahabat karib - Ulat Bulu, Penyengat dan Kala Jengking, yang tinggal di perkelilingan Tasik Permata yang berpenghulukan Ular Sawa.

Ular Sawa mula mengenakan cukai untuk menggunakan air dari tasik itu dalam bentuk 'Bisa' - "lebih banyak air yang digunakan, lebih banyak cukai Bisa yang dikenakan".

Setelah Ulat Bulu dan Kala Jengking membayar cukai Bisa masing-masing baru mereka sedar akan bahaya yang mungkin menanti mereka di Tasik Permata.

Para peserta program yang memainkan watak sebagai 'Anak-anak' yang mendengar cerita 'Tok' dan anggota 'Keluarga' Ulat Bulu, Penyengat dan Kala Jengking, kini diminta membantu mencari penyelesaian kepada masalah yang semua 'penduduk' Tasik Permata sedang hadapi.

-

- - -

- - - - -

- - - - - - -

- - - - -

- - -

-

"ULAR SAWA HILANG BISANYA"

-

- - -

-

P E M B U K A A N

Pelakonx3 membawa penonton ke tempat mereka di keliling pentas lalu mengambil tempat masing-masing. Tok masuk.

TOK: Selamat datang, anak-anak! Hari ini Tok akan menceritakan sebuah dongeng Melayu lama. Oi, dah sedia kah belum?

PELAKONx3: Dah!

TOK: Ceritanya bermula begini. Pada suatu masa, ada sebuah tempat bernama Tasik Permata+. Di sekelilingnya ada berbagai jenis tumbuh-tumbuhan+ dan binatang-binatang+. Tasik itu adalah satu-satunya sumber penghidupan tumbuh-tumbuhan dan binatang-binatang sekelilingnya+. Mereka semua hidup dalam kedamaian dan kemakmuran+. Setiap hari, dengan terbitnya Sang Mentari+, mereka bangun+. Mereka pergi mencari makan+. (Pelakonx3 buat Tableaux MRT) Eh, ini cari makan yang macam mana ni?

MOLI: Naik MRT, Tok. Kita nak pergi kerja cari makan.

TOK: Binatang apa cari makan dengan pergi kerja naik MRT?

IZZAT: A'ah lah! Kita pergi berburu. Mari!

TOK: Ini binatang apa pulak yang mengunyah di tepi Tasik?

FARAH: Saya vegetarian, Tok. Tak makan daging.

TOK: Bukan vegetarian. 'Herbivore'. Baik. Bila dapat makanan, mereka pun makan+.

IZZAT/MOLI: Attack! (Farah kena 'makan')

FARAH: Okay, cukup! Berhenti! (Farah rebah, lepak)

TOK: Ini apa pula?

FARAH: Mereka berihat, Tok. Penat.

TOK: Ya, benar. Tapi mereka juga beriadah.

MOLI: (Buat senaman Aerobics) Alright! One more time. And a-one, a-two, a-three, a-four. And a-one, a-two, a-three, a-four. And a-one, a-two, a-three, a-four. And a-one, a-two, a-three, a-four…

TOK: Hei, binatang-binatang mana ada Aerobics?

FARAH: Ya lah! Mereka berihat macam gini. (lepak) Ya, Tok?

IZZAT: Bukan lah. Mereka beriadah. Macam 'gini. (Izzat bercekau dengan Farah)

TOK: 'Dah, cukup 'tu! Mereka juga bersanggama.

MOLI: (ke Farah) Bersanggama 'tu macam ada agama, 'eh?

FARAH: Binatang 'kan tak ada agama?

TOK: Bukan. Ber-ji-mak.

IZZAT: Jimak kita tak tahu, Tok. Jimat-cermat kita tahu.

TOK: Bukan. Ber-se-ke-ti-du-ran!

FARAH: Hei. Tidur! (lepak)

TOK: Bukan! BER-SE-TU-BUH!

SEMUA: (Buat bulatan berpegangan tangan) Oh! "Mari kita berkumpul, berkumpul, berkumpul. Mari kita berkumpul, bersukaria."

TOK: (Sebak dada) Ahai lah, nyawa. Hai badan. Alahai. Ampun. Tolong.

IZZAT: Eh, Tok kena serangan jantung! Tok! Tok! Bertenang, Tok.

MOLI: (ke Farah) Tok cakap dalam bahasa apa 'ni? 'Bersanggama', 'berjimak',…

FARAH: Aku pun tak pernah dengar.

TOK: Mereka kahwin lah.

IZZAT: Oh! Cakap lah dari tadi, Tok. (Buat Tableaux Perkahwinan dan nyanyi "Wedding March")

MOLI: Baru sekarang aku tahu binatang-binatang kahwin dalam gereja. Betul, Tok?

FARAH: (menyedari kesilapan) Ya lah. Kita 'kan binatang. Binatang kahwin macam 'gini. (kahwin 'siput' dengan Moli)

IZZAT: Wah! Macam mana kau tahu?

FARAH: Aku tengok Tok punya Laserdisc "Microcosmos"!

MOLI: 'Eh? Boleh pinjam, Tok? Saya pun nak tengok.

IZZAT: Tok sedang bercerita lah!

TOK: Sudah! Mari kita bercerita dengan cara lain. Supaya kamu semua tak keliru dan Tok pun tak mampus kena serangan jantung!

IZZAT: 'Kan, Tok dah marah.

TOK: Diam! Sekarang kita gabungkan dongeng lama dengan cara hidup modern. Kita beralih pada tiga binatang yang bersahabat karib di Tasik Permata - Ulat Bulu, Penyengat dan Kala Jengking. Persahabatan mereka begitu kukuh hingga mereka mengaku bersaudara. Hanya ada satu saja ancaman yang boleh memecah-belahkan mereka. Mereka amat takut padanya. Bahkan binatang-binatang lain di Tasik Permata juga takut padanya. Dia bernama Ular Sawa, penghulu Tasik Permata.

Tok keluar dan Pelakonx3 ambil tempat di samping bisa masing-masing.

-

- - -

-

P E R T E M U A N

Penyengat pergi ke telefon. Ulat Bulu juga mula bergerak ke telefon.

PENYENGAT: Assalaamu'alaikum.

KALA JENGKING: (menjawab telefon bimbit) Wa'alaikum salam.

PENYENGAT: 'Tu Jengking 'eh?

KALA JENGKING: 'Ah, Nyengat. Apa kau nak?

PENYENGAT: Hei, turun 'ah, sekarang. Aku tunggu tempat biasa. Aku bosan 'ah. Tak 'da kerja.

KALA JENGKING: Kau tak kerja? Ratu kau tak marah kah?

PENYENGAT: Kerja 'dah habis. Keluarga aku 'kan macam 'gitu. Semua kerja kuat sama-sama. Lepas 'tu baru boleh buat apa kita suka.

KALA JENGKING: Oh. Habis, kau tak panggil Bulu? Dia 'tu lembab sikit. Nanti, sekarang kau telefon, malam baru dia sampai. Kalau tidak pun, besok dia sampai.

PENYENGAT: 'Dah. Siang-siang lagi aku page dia. Dia 'kan ada Page Talk. Kelui bunyi saja, dia tahu lah aku. Itu pun dia 'dah sampai. Cepat-cepat datang sini!

Kala Jengking mula bergerak ke telefon.

ULAT BULU: Kau berbual dengan siapa 'tu?

KALA JENGKING: Nanti kita nak buat apa?

PENYENGAT: (ke Ulat Bulu) Jengking lah. Siapa lagi? Shh! (ke Kala Jengking) Kita main-main kah, cerita-cerita kah, pergi berenang 'kak Tasik kah,… Kau datang sini dulu. Nanti kita boleh cakap.

KALA JENGKING: (tiba di sisi mereka) 'Ah, aku dah datang 'ni. Cakap lah. Cakap.

ULAT BULU: Eh, 'dah sampai? Wayar telefon rumah kau berapa panjang? Panjang sampai sini?

KALA JENGKING: Aku berbual tadi pakai ponsel. Jangan marah. Bapak aku baru belikan.

ULAT BULU: Ponsel 'tu macam pon…dan 'eh?

PENYENGAT: Telefon bimbit. Sekarang kita nak main apa dulu?

Kala Jengking memukul Penyengat.

KALA JENGKING: Pasang! Bulu, lari cepat. Lari!

Ulat Bulu, Penyengat dan Kala Jengking bermain "kejar-kejar". Penyengat pasang. Tidak berapa lama kemudian, Ulat Bulu pasang. Dia terlalu 'lembab' untuk mengejar yang lain. Dia pasang lengit. Lalat Tahi masuk untuk membuat pengumuman.

ULAT BULU: Lalat Tahi. Hei Tahi, apa kau buat 'kak sini? Kalau nak main-main dengan kita, kau mesti pasang dulu. Aku pun 'dah penat. (memukul Lalat Tahi) Nah, pasang!

LALAT TAHI: Dengar sini semua penduduk Tasik Permata. Ini ada satu pengumuman dari Penghulu Tasik Permata, Ular Sawa. Maka adalah diisytiharkan bahawasanya mulai dari hari ini, Ular Sawa sebagai Penghulu Tasik Permata akan memperketatkan pertahanan sekeliling Tasik Permata dengan secara peribadi. Ini adalah untuk menjaga kedamaian dan kemakmuran Tasik ini dan mengesyorkan keselamatan kamu, penduduknya. Selaras dengan usaha ini, semua penduduk akan dikenakan cukai untuk menggunakan air dari Tasik Permata. Cukai yang dikenakan adalah dalam bentuk bisa. Lebih banyak air yang digunakan, maka lebih banyak cukai bisa yang dikenakan. Barang siapa yang tidak patuh pada undang-undang ini akan diberi hukuman. Mereka akan dimakan oleh Ular Sawa, Penghulu Tasik Permata. Sekian, terimakasih. Sekarang kamu boleh balik bilang mak, bapak dan semua ahli keluarga. Bye-bye!

Ulat Bulu, Penyengat dan Kala Jengking tidak setuju dengan undang-undang baru dan bermula kekecohan antara ke empat-empat mereka.

SEMUA: Mana boleh? / Ini tidak adil. / Nanti kita mati kering. / Kalau tidak ambil air dari sini, mahu ambil dari mana? / Dia ingat dia Penghulu, dia boleh buat apa dia suka.

LALAT TAHI: Nanti dulu! Nanti! Sebelum kamu buat apa-apa dengan mendadak, lebih baik kamu pulang ke keluarga masing-masing dan sampaikan berita ini kepada mereka dulu. Dengar dulu apa yang mereka katakan. Undang-undang ini adalah untuk kebaikan kita juga. Pergi - Ulat Bulu ke keluarga Ulat Bulu, Penyengat ke keluarga Penyengat dan Kala Jengking ke keluarga Kala Jengking.

Lalat Tahi keluar. Setelah pulang ke keluarga masing-masing, Ulat Bulu, Penyengat dan Kala Jengking mula bincangkan soal undang-undang baru. Tiba-tiba Lalat Tahi masuk semula.

LALAT TAHI: Dengar sini semua! Dengar sini semua! Ini ada penambahan pada undang-undang yang diisytiharkan tadi. Undang-undang ini dikecualikan bagi tumbuh-tumbuhan dan binatang-binatang yang tidak mempunyai bisa. Tetapi, semua binatang-binatang yang mempunyai bisa dimestikan membayar cukai bila menggunakan air. Kalau binatang itu makan tumbuh-tumbuhan saja pun mesti membayar cukai kerana tumbuh-tumbuhan juga menggunakan air. Okay, itu saja. Jangan marah.

Lalat Tahi keluar. Binatang-binatang lain meneruskan perbincangan.

-

- - -

-

P E R B I N C A N G A N

Tok masuk.

TOK: Anak-anak! Mari semua ke sini. Ceritanya belum selesai.

Pelakonx3 dan penonton ambil tempat masing-masing di keliling pentas.

TOK: Ulat Bulu, Penyengat dan Kala Jengking sangat tidak berpuashati dengan undang-undang baru itu. Malangnya, mereka tidak tahu apa tindakan yang boleh mereka ambil. Apalah nasib! Jadi mereka terpaksa bersetuju buat masa itu dan meneruskan hidup seharian mereka seperti biasa.

Tok keluar. Ulat Bulu menelefon Kala Jengking.

ULAT BULU: Assalaamu'alaikum.

KALA JENGKING: (menjawab telefon bombit) Wa'alaikum salam. Bulu, kenapa kau lambat sekali nak telefon aku? Aku tunggu kau dari semalam. Kau jadi ambil air tak?

ULAT BULU: Engkau pun satu, Jengking. Kau 'dah tahu aku lembab bergerak, yang kau tunggu aku 'tu buat apa? Aku ingatkan kita jumpa terus 'kak sini, tak perlu telefon-telefon lagi.

KALA JENGKING: (mula bergerak ke telefon) Nyengat tak nak ambil air sama-sama kita kah?

ULAT BULU: Semalam dia cakap, dia boleh bertahan beberapa hari lagi. Supply belum habis. Aku takut nanti kita jumpa dia mati kering 'kak tepi Tasik. Tapi dia cakap, bila supply habis baru dia keluar cari air. Sekarang, dia mahu buat careful planning. Hei Jengking, careful planning 'tu macam family planning 'eh?

KALA JENGKING: (sudah sampai di telefon) Nyengat 'tu nak merancang betul-betul supaya rancangannya nanti berjaya.

ULAT BULU: Tapi, family planning pun maknanya kena merancang betul-betul 'kan? Kalau tidak nanti family kita tidak akan berjaya.

KALA JENGKING: 'Ah, ya lah. Gasak engkau lah, Bulu. 'Dah, mari kita pergi ambil air.

Ulat Bulu dan Kala Jengking keluar. Penyengat bergerak mengelilingi Tasik menuju ke telefon. Ulat Bulu dan Kala Jengking masuk semula dengan membawa air dan tanpa bisa masing-masing.

PENYENGAT: Wah! Banyaknya air yang kau'rang ambil. Jengking, mana bisa kau?

ULAT BULU: 'Dah kasi dengan Lalat Tahi. Tadi dia yang kutip cukai untuk Penghulu Kita. Eh, Nyengat, Jengking, kita belum nak balik 'kan? Mari kita main kejar-kejar dulu.

Penyengat memukul Ulat Bulu.

PENYENGAT / KALA JENGKING: Pasang!

ULAT BULU: Pengelat! Kau'rang dua-dua pengelat. Tak 'pa. 'Ni, aku kejar sampai penat.

Ulat Bulu mula bergerak seperti biasa. Semakin lama, dia bergerak semakin cepat hingga berlari. Begitu juga dengan Kala Jengking. Mereka terus bermain hingga penat dan Penyengat pasang lengit. Tok masuk.

-

- - -

-

P E N Y E D A R A N

TOK: (ke penonton) Anak-anak semua nampak apa yang sudah terjadi? Tengok 'tu, Ulat Bulu dengan Kala Jengking. Jadi, bagus tak mereka buang bisa mereka? Nanti. Sabar. Ceritanya ada lagi.

Tok keluar. Mereka meneruskan permainan mereka. Lalat Tahi mencuri-curi masuk.

LALAT TAHI: Psst! Hei, Ulat Bulu, Penyengat, Kala Jengking. Mari sini. Shhh! Jangan Bising. Nanti Ular Sawa tahu.

Lalat Tahi keluar. Ulat Bulu, Penyengat dan Kala Jengking pergi ke telefon dalam kebingungan. Lalat Tahi masuk membawa air kecil yang banyak dan mereka mula membahagi-bahagikannya kepada semua binatang-binatang di keliling tasik.

LALAT TAHI: Cepat. Bahagi-bahagikan kepada semua. Cepat-cepat. Jangan bising.

Tiba-tiba, Lalat Tahi rebah, menggelepar lalu mati. Ulat Bulu, Penyengat dan Kala Jengking pergi memeriksa. Bila menyedari apa yang sudah berlaku, semua mula menangis.

ULAT BULU: Eh, kenapa dengan Lalat Tahi? Apa 'dah jadi dengan Lalat Tahi?

KALA JENGKING: Sabar, Bulu. Mengucap. Lalat Tahi 'dah tak ada lagi.

PENYENGAT: (memeriksa bekas tapak kaki Lalat Tahi) Ini semua Ular Sawa punya kerja. Dia sudah patuk bekas tapak kaki Lalat Tahi. Begini kuatnya bisa Ular Sawa. Lalat Tahi pun memang tidak ada bisa. Dia tidak dapat mempertahankan diri. Sekarang Lalat Tahi sudah mati. Kau'rang nanti macam mana? Kau'rang pun sudah tidak ada bisa.

ULAT BULU: Jengking, aku takut. Aku tak mahu mati.

KALA JENGKING: Aku pun takut nanti kena patuk Ular Sawa sampai aku mati.

PENYENGAT: Mari kita alihkan Lalat Tahi dan panggil semua keluarga kita ke sini.

Mereka mengangkat Lalat Tahi keluar dan memanggil semua ahli keluarga ke Tasik. Mereka bermesyuarat untuk merancangkan tindakan yang harus diambil.

T I R A I

* * * * * * *

* * * * * *

* * * * *

* * * *

* * *

* *

*


SAYANG   MAS   oleh   gene   sha   rudyn   Jan   1997,   Jan   1998,   Jun   1999

*

* *

* * *

* * * *

* * * * *

* * * * * *

* * * * * * *

"SEBELUM TIRAI DISINGKAP"

Ahmad, "Apa pasal tak ada orang tulis pasal macam mana siksanya penagih nak berhenti dari menghisap ganja?"

Mat, "Apasal Lu tak tulis pasal macam mana punya susah hidup Gua lepas masuk DRC?"

Pak Mat, "Kenapa tidak ada orang yang menulis pasal masalah yang ahli keluarga dan teman-teman penagih hadapi dari penagih dan memberi kepada penagih?"

Soalan-soalan begini dan kepercayaan bahawa setiap masalah harus difahami untuk diselesaikan yang mendorong saya menata program ini.

Ianya bermula dengan ide mengadakan sebuah bengkel di Pertapis untuk menghampiri bekas penagih dadah dengan harapan untuk dapat memahami minda, perasaan dan cara hidup mereka.

Dua bengkel selama dua jam sehari dalam masa dua hari dijalankan dengan seramai kira-kira lima belas orang peserta dalam lingkungan usia antara tiga belas hingga lapan belas tahun yang terdiri daripada para penghuni Pertapis sendiri.

Program T.I.E. "Sayang Mas" adalah hasil dari bengkel tersebut

-

- - -

- - - - -

- - - - - - -

- - - - -

- - -

-

"PENYINGKAP TIRAI"

"Sayang Mas" menceritakan tentang seorang bekas penagih dadah remaja, Firdaus, yang mencuba sedaya-upaya untuk membina kehidupan baru tanpa dadah dengan bantuan dan sokongan dari ibunya.

Malangnya, temanita Firdaus, Mas, bukan saja masih lagi menagih dadah. Malahan, tanpa disedari oleh Firdaus, Mas juga sudah mula mengedar dadah.

Sedang Firdaus berada di samping Mas, CNB membuat serbuan dan menangkap mereka sedang dadah berada di dalam tangan mereka.

Kini, CNB memerlukan kerjasama dari Firdaus untuk mendakwa Mas dan kemudian mendakwa pengedar yang membekalkan Mas dengan dadah yang Mas edarkan.

Dengan bantuan para peserta, Firdaus harus membuat keputusan samada akan berpaling-tadah dan bekerjasama dengan CNB untuk mendakwa Mas, atau tidak bekerjasama dengan CNB dan menghadapi padah daripada keputusannya.

-

- - -

- - - - -

- - - - - - -

- - - - -

- - -

-

"SAYANG MAS"

-

- - -

-

TABLEAU CERITA HIDUP

MAK: Kata orang tua, "Ikut hati, mati. Ikut nafsu, lesu. Ikut rasa, binasa." Ada betulnya kata-kata 'tu. Firdaus, teman lelaki … alah, boyfriendnya Mas, anak Auntie. Lapan belas tahun dulu, Auntie kahwin bapa Firdaus. Sama-sama muda. Sama-sama suka. Sama-sama cinta. Bila kami dikurniakan Firdaus dalam tahun pertama itu, dialah kemuncak syurga kami.

PEGAWAI: Tapi, menurut fail kita di CNB, keadaan rumahtangga mereka tidak aman. Mak-bapak Firdaus asyik bertengkar. Kadang-kadang sampai bertumbuk. Laki-bini dah masuk wrestling; 'Undertaker' dari WWF lawan 'Sting' dari WCW. Sampai jiran sebelah pun terbabit, kena telefon polis.

MAK: Akhirnya, kami bercerai. Masa 'tu Firdaus baru masuk K2. Auntie asuh dia sendiri. Auntie marah. Auntie pukul. Auntie sayang. Auntie hidup semata-mata untuk Firdaus. Itu pun tak cukup. Kerana bukan Auntie seorang yang mempengaruhi hidup Firdaus.

PEGAWAI: Dia popular. Maklumlah, handsome 'kan? Tapi, entah a'macam boleh tersangkut dengan Mas. Lepas 'tu, sekolah jalan terus, girlfriend jalan terus, 'barang' pun jalan terus. Sampai terbabas masuk DRC. Belum sempat O-level pun. Nasib baik, First Offender. Nasib tak baik, mak dia sendiri campak dia masuk Pertapis. Dua belas bulan.

-

- - -

-

FIRDAUS NAK KELUAR

MAK: Fir, kau nak pergi mana 'tu?

FIRDAUS: Keluar dengan Mas. Fir janji jumpa dia pukul tiga. Pukul empat tiga puluh nanti, Fir pergi masjid sholat 'asar. Lepas 'tu keluar lagi. Nanti, 'belum maghrib, Fir sampai rumah.

MAK: Fir, rumah 'ni bukan Pertapis. Mak bukan Fir punya OD.

FIRDAUS: (ketawa) Mak, bukan OD. AD - Assistant Director. OD 'tu maknanya 'overdose'.

MAK: Maksud mak …

FIRDAUS: … Fir tahu. Habis, 'dah biasa. Satu tahun dalam Pertapis, tiap-tiap hari ikut schedule. Balik rumah jumpa mak pun kena ikut schedule. Sendiri planning pulak 'tu!

MAK: Fir marah dengan mak? Mak buat 'gitu 'kan untuk kebaikan Fir. Kalau mak biarkan Fir terus bebas bergaul yang bukan-bukan, agaknya Fir sekarang 'dah OD pun.

FIRDAUS: MAK! Mak, Fir tahulah apa nak buat.

MAK: Orang yang tahu 'tu tak semestinya mengerti. Belum pasti mengerti. Faham? Kalau Fir tahu, kenapa Fir masih pergi jumpa Mas? Campur dengan kawan-kawan Mas? Fir nak mak samakan Fir dengan di'orang?

FIRDAUS: Fir tak macam di'orang. Fir tak pernah macam di'orang. Dulu, apa di'orang buat, Fir buat. Di'orang mencurik 'kak Seven Eleven, Fir mencurik 'kak Seven Eleven. Di'orang minum 'kak Far East, Fir minum 'kak Far East. Di'orang makan taik (tahi), Fir makan taik (tahi). Nasib di'orang tak terjun bunuh diri 'kak Sheare's Bridge. Fir tak nak jadi bodoh lagi, mak.

MAK: Jadi sekarang Fir 'dah berubah?

FIRDAUS: Apasal mak tak percaya?

MAK: Mak tak mahu kecewa. … Mak tak mahu kecewa. …

SEMUA: Mak tak mahu kecewa. … Mak tak mahu kecewa. … Mak tak mahu kecewa. …

-

- - -

-

RANCANGAN CNB

PEGAWAI: Sekarang, 'dah masuk tujuh bulan Firdaus keluar dari Pertapis. Tujuh Bulan. Dalam tujuh bulan 'tu, report dia tak pernah miss. Curfew tak pernah miss. Urine test semua negative. Sekolah jangan kata absent, lambat pun tak pernah. Record bersih nak mampus! 'Dah betul-betul taubat punya kes. (berseloroh tapi menyindir) Bedek kah, dah taubat? Kalau bukan pasal Mas, Firdaus kita tak kisah. Perempuan punya pasal, record bersih semua kena calar. Ini lah jantan! Kita dapat tahu Si Buah Hati, Intan Payung, Nyawa Firdaus distribute. Tak cukup ambik 'barang', dia carik makan jual barang. Sekarang, kita mahu cari siapa supply. Tarik Firdaus, Mas 'ni semua buat apa? Cuma steamer tepi jalan. Paling banyak masuk Khalsa,… kah Sembawang. Buang duit go'ment 'aja! Kita nab Firdaus time dia bawa barang, dia implicate Mas, Mas tak boleh lari. Bila Mas 'dah tak boleh lari, baru dia bukak mulut; baru supplier belayar kapal batu.

-

- - -

-

MAS MESTI PEDULI

Para pelakon membuat pergerakan yang malambangkan Mas sedang khayal selepas mengambil dadah. Pergerakan berakhir dengan Mas di tengah ditimbuni 'rokok'. Firdaus tiba.

FIRDAUS: Mas. Mas! You 'dah … Apasal … Bila you … Gila kah … Mas, you betul-betul nak bunuh diri, 'eh? Kenapa you buat I macam 'gini? … I tahu, Mas, mak you tak peduli; bapak you tak peduli. I tahu you susah nak carik kerja pasal N-level pun tak ada. I faham. Tapi, 'tu semua alasan. Hidup you, tanggungjawab you! Orang lain boleh tak peduli. Tapi you mesti peduli! I peduli! … You ingat hidup you sekarang teruk, you tahu I 'kak Pertapis dulu hidup macam mana? … Masuk 'aja, rambut kena gadai. Belum NS, kepala 'dah kena botak. … Semua kena ikut rules. 'Dah 'tu, hari-hari sama routine. Tak dapat keluar. Tak dapat telefon. Nak telefon kena mintak request slip. Pakai jeans tak boleh. Tengok TV hari-hari tak boleh. Bawak masuk makanan tak boleh. Asyik kena marah. Asyik kena confront. Cuci bilik air. Bangun pagi-pagi. Tidur tak cukup. Tilam second-hand. Bantal banyak map. … Hari-hari tengok muka sama. Semua laki-laki! Perempuan, satu pun tak ada. Sembahyang (sendiri dalam bilik) …

Firdaus menyedari kelakuannya dan terhenti. Firdaus mendekati Mas, membelai rambut Mas, lalu mula mengutip 'rokok'. Pegawai tiba dan menangkap Firdaus.

-

- - -

-

SOAL-SIASAT CNB

PEGAWAI: Cakap lu punya nama dengan IC number.

FIRDAUS: Muhammad Firdaus bin Muhammad Ihsan. 8050124 / A.

PEGAWAI: Sekarang lu cakap, itu barang mana lu dapat. Siapa kasi lu?

FIRDAUS: Saya tak tahu apa tuan cakap.

PEGAWAI: Siapa kasi lu?

FIRDAUS: Saya tak tahu apa tuan cakap!

PEGAWAI: Siapa kasi?! (pukul)

FIRDAUS: Gua tak kenal siapa. Gua tak tahu dari mana.

PEGAWAI: Hei, Melayu, lu ingat sikit. Lu ada record, tahu? Mana lu dapat 'tu barang?!

FIRDAUS: Lu cocok Gua dengan besi panas pun, gua tak cakap.

PEGAWAI: (pukul)

MAK: Fir marah dengan mak? Sekarang Fir 'dah berubah?

PEGAWAI: Mana lu dapat 'tu barang?!

FIRDAUS: Lu cocok besi panas pun, gua tak cakap.

PEGAWAI: (pukul)

MAK: Orang yang tahu 'tu belum pasti mengerti. Mak tak mahu kecewa.

PEGAWAI: Mana lu dapat 'tu barang?!

FIRDAUS: Lu cocok besi panas pun, gua tak cakap.

PEGAWAI: (pukul)

MAK: Mak tak mahu kecewa.

PEGAWAI: Mana lu dapat 'tu barang?! (pukul)

MAK: Mak tak mahu kecewa.

PEGAWAI: Mana lu dapat 'tu barang?! (pukul)

MAK: Mak tak mahu kecewa.

PEGAWAI: Mana lu dapat 'tu barang?! (pukul)

Jeda.

FIRDAUS: Muhammad Firdaus bin Muhammad Ihsan. 8050124 / A.

"Huru-hara". Semua becakap serentak dan berterusan bertubi-tubi.

PEGAWAI: (pukul)

FIRDAUS: Muhammad Firdaus bin Muhammad Ihsan. 8050124 / A.

MAK: Mak tak mahu kecewa.

PEGAWAI: Mana lu dapat 'tu barang?! (pukul)

FIRDAUS: Muhammad Firdaus bin Muhammad Ihsan. 8050124 / A.

MAK: Mak tak mahu kecewa.

PEGAWAI: Mana lu dapat 'tu barang?! (pukul)

FIRDAUS: Muhammad Firdaus bin Muhammad Ihsan. 8050124 / A.

MAK: Mak tak mahu kecewa.

PEGAWAI: Mana lu dapat 'tu barang?! (pukul)

FIRDAUS: Muhammad Firdaus bin Muhammad Ihsan. 8050124 / A.

MAK: Mak tak mahu kecewa.

PEGAWAI: Mana lu dapat 'tu barang?! (pukul)

FIRDAUS: Muhammad Firdaus bin Muhammad Ihsan. 8050124 / A.

MAK: Mak tak mahu kecewa.

PEGAWAI: Mana lu dapat 'tu barang?! (pukul)

FIRDAUS: Muhammad Firdaus bin Muhammad Ihsan. 8050124 / A.

MAK: Mak tak mahu kecewa.

PEGAWAI: Mana lu dapat 'tu barang?! (pukul)

MAS: (pekik)

-

- - -

-

FIRDAUS MEMBISU

MAK: Fir baik? (Firdaus diam) Fir puas hati sekarang? (Firdaus diam) Kenapa Fir buat macam 'gini dengan Mak? Fir kata Fir tak macam di'orang. Fir nak Mak percaya yang Fir 'dah berubah. Habis, kenapa boleh jadi macam 'gini? Mak kecewa, Fir.

FIRDAUS: Mak! Fir tak mintak 'ni semua terjadi. Fir pergi rumah Mas cuma pasal kita 'dah janji nak keluar.

MAK: Habis, benda yang di'orang jumpa 'tu siapa punya? Datang dari mana? (Firdaus diam) Macam mana Fir nak Mak percaya yang Fir tak sama macam Mas? Fir kena tangkap dengan Mas. Benda 'tu semua dalam tangan Fir. Fir nak bukti yang macam mana lagi? (Firdaus diam) Berapa lama Fir nak teruskan perkara 'ni? Sampai bila Fir nak buat Mak macam 'gini? Sampai Mak mati? (Firdaus diam) Fir! (Firdaus diam; Mak bangun) Officer!

TIRAI

* * * * * * *

* * * * * *

* * * * *

* * * *

* * *

* *

*


YOU,   I,   MAK   YOU,   MINAH   I   oleh   gene   sha   rudyn   Jan   2000

*

* *

* * *

* * * *

* * * * *

* * * * * *

* * * * * * *

MusicTeleVision 1

Set sudah diatur. Semua ambil tempat untuk MTV 1. Selesai MTV 1, semua atur set untuk Rancangan.

-

- - -

-

RANCANGAN

Fairuz: Eh, Dian, kau makan apa tu?

Dian: Nasi Ayam.

Fairuz: Tapi, kau beli ka' kedai Cina, kan?

Ayu: Fairuz, jadi jantan jangan k-po. Dian nak makan apa, tu dia punya pasallah.

Fairuz: Tapi, kan tak halal?

Dian: Yang aku makan ni, daging ayam. Bukan daging babi. Engkau jealous tengok aku makan Nasi Ayam Cina? Kalau nak, cakap. Aku boleh kasi.

Fairuz: Tak heran, ah!

Ayu: Kalau gitu, diam su'ah. Buat hal sendiri.

Jeda, sambil makan.

Fairuz: Ayu, besok engkau jadi turun, 'eh. Meeting pukup dua. Kita pergi library sama-sama lepas sekolah.

Dian: Besok, Ayu ada hal sikit dengan aku.

Fairuz: Hah? Kau tau kan, Yu, besok punya meeting. (jeda) Kau tak boleh keluar dengan Dian lepas pergi library, kah? Malam, kau tak ada apa-apa, kan?

Dian: Bukan malamlah. Mesti siang.

Fairuz: Dah satu minggu kita set meeting, kenapa kau tak bilang Dian? Kenapa dari mula lagi kau tak cakap kau ada hal dengan Dian.? Sekarang, apa aku nak bilang dengan di'orang kalau kau tak datang? Penting sangatkah sampai mesti jumpa siang, lepas sekolah? Sampai tak boleh pergi library dengan kita? Kita semua tahun depan dah ambil 'O level' tau? Apasal kau jadi macam gini ni?

Dian: (sambil berdiri) Apasal kau banyak soal ni?

Ayu: Dian, cool ah sikit. Ini tempat public, siul. Don't be a bitch, okay? Buat malu aku aja.

Dian pergi.

Fairuz: Ayu!

Ayu: Fairuz, kau terangkan dengan di'orang, 'ah. Aku bukan tak nak pergi, tapi aku sibuk. Malam nanti, aku telefon kau, kau boleh bilang aku apa kau'rang jumpa ka' library, kan?

Fairuz: Habis, Miss Leong?

Ayu: Apa kena-mengena dengan Miss Leong?

Fairuz: Memang Miss Leong dah tak kuasa dengan Dian. Tapi, kalau dia tanya pasal kau, apa aku nak cakap?

Dian kembali.

Ayu: Biasalah. Cakap aku sakitkah, … datang bulankah, … Kau kan biasa.

Dian: Mari, Yu. Dah, Fairuz, aku dah bayarkan kau punya.

Ayu: (sambil berlalu) Fairuz, jangan bilang Miss Leong aku keluar dengan Dian, tau?!

Fairuz: SevenEleven punya kawan!

-

- - -

-

VideoFashion 1

Semua atur set untuk VF 1. Selesai VF 1, semua atur set untuk Johan.

-

- - -

-

JOHAN

Dian: (mengangkat telefon) Halo!

Fairuz: (berbual di telefon) Assalaamu'alaikum. Dian, Ayu ada dengan kau, tak? Kau panggilkan dia sekejap.

Dian: Fairuz!? Amacam kau boleh dapat nombor telefon aku?

Fairuz: Satu kelas, cuma kau sorang ada handphone. Dian, cepat, ah. Ini pentinglah.

Dian: Yalah, yalah! Jangan lama-lama, tau? Nanti Johan mengamuk dengan aku. (ke Ayu) Ayu, Fairuz nak cakap dengan kau.

Dian memberi telefon kepada Ayu lalu duduk dan mula menggulung rokok ganja.

Ayu: (mengambil telefon) Assalaamu'alaikum.

Fairuz: Wa'alaikumsalam. Ayu, aku rasa lebih baik kau datang library sekarang juga.

Ayu: Apa, kau dah gila?

Fairuz: Kita banyak kerja, tau? Tak cukup orang. Kita kena kaji bukan pasal Shakespeare aja. Tapi pasal Scotlang, Witchcraft, … Kau faham, tak? Kau dalam kumpulan kita. Projek kita ni kan projek engkau juga?

Dian menyalakan rokok. Ayu terhidu bau ganja.

Ayu: Fairuz, aku tak boleh pergilah. Kan aku sibuk dengan Dian ni. Nanti petang lagi nak keluar jumpa Johan. Sekarang tunggu dia telefon aja. (batuk) Mana sempat jumpa kau'rang.

Fairuz: 'Ah, yalah. Gasak engkaulah. Tapi kalau jadi apa-apa, engkau sendiri tanggung. Aku tolong setakat mana yang aku boleh tolong. Lebih dari tu, kau punya pasal.

Ayu: Okay. Nanti malam, aku telefon engkau. Dah! (letak telefon)

Fairuz: (sambil meletakkan telefon) Ssss…sevenEleven punya kawan! (pergi)

Ayu: Dian, apasal tadi kau cakap "nanti Johan mengamuk"?

Dian: Mestilah. Bil telefon dia yang bayar. Dia suruh aku pegang untuk dia sorang telefon aku. Tapi, takkan aku nak jadi bodoh. Benda dalam tangan aku, kira aku punya. Nombor telefon aku kasi siapa aku suka.

Ayu: (duduk menonton TV) Eh, leper nah tetek dia. Selalu, bila dia pakai baju, sampai menggelembung. Sekali dah buka semua, leper pula.

Dian: Sebab itu namanya 'WonderBra'. Extra support. Alah, kalau besar pun, silicone. Bukannya tulin. (menghulurkan rokok kepada Ayu) Nah.

Ayu: Hah?

Dian: Kau tak pernah hisap, 'eh? Cubalah. Bukannya mati. Berapa banyak orang hisap. Cuma kau tak nampak aja. Tak kan di'orang nak hisap ka' public, kan?

Ayu: (mengambil lalu menghisap rokok) Bau dia kuat, 'eh? Orang sebelah tak kisahkah?

Dian: Ini jam orang belum balik kerja. Mak bapak aku, lepas pukul tujuh baru sampai rumah.

Ayu dan Dian terus menonton sambil menghisap rokok.

Dian: Ayu, aku rasa bukan hari ni 'ah. Biasanya, ini jam Johan dah telefon nak confirm. Mungkin besok baru kita jumpa dia. Kita kasi VCD tu semua pada dia. Kalau aku suruh kau jumpa dia sorang-sorang, kau berani tak?

Ayu: Apa, kau dah gila?

-

- - -

-

MusicTeleVision 2

Semua atur set untuk MTV 2. Selesai MTV 2, semua atur set untuk Tergendala. Penari ambil tempat; semua di belakang Penari. Penari bercakap dengan penonton menggunakan Bahasa Isyarat. Ayu melisankan kata-kata Penari.

Ayu/Penari: Hi! Nama saya Mahadi. Semenjak lahir, saya tidak boleh mendengar dan tidak dapat bertutur. Saya mula menari semasa di sekolah menengah. Dengan menari, saya menggunakan tubuh saya untuk meluahkan isi hati.

-

- - -

-

TERGENDALA

Semua mengambil tempat. Ayu angkat kotak besar.

Fairuz: Yu! Apasal kau tak datang sekolah hari ni?

Ayu: Aku bangun lambatlah tadi pagi. Kenapa engkau asyik tanya-tanya pasal aku punya hal? Eh, kan aku dah cakap dengan kau, jadi jantan jangan k-po.

Fairuz: Engkau sorang punya hal, kita semua jadi susah. Miss Leong mengamuk tadi, kau tau? Dia cakap project kita research tak cukup. Aku bilang dia engkau tak sedap badan hari tu, tapi dia kata itu bukan alasan. Dia kata patut kita mesti cover semua topic. Kalau tidak, minggu depan kita bikin class presentation malukan diri sendiri aja.

Ayu: Alah, Miss Leong tu kan memang macam gitu. Mulut laser.

Fairuz: Kita sampai kena pergi HOD Office. Si BMW, Mrs Thambaiah tu, kasi kita amaran. Dia nak kita buat kerja betul-betul. Teliti. Tak boleh 'asal boleh'. Dia suruh kita sack engkau dari kumpulan kita. Dia rasa engkau dah terpengaruh dengan si Dian.

Ayu: Macam mana di'orang boleh tau pasal aku dengan Dian? Kau bilang di'orang, 'eh?

Fairuz: Tak! Di'orang dah tau. Miss Leong, Mrs Thambaiah semua cakap kau rapat sangat dengan Dian. Ayu, Dian ada gang ka' luar sekolah, 'eh? Kau nak masuk gang dia, 'eh?

Ayu: Cakap tu baik-baik sikit, 'ah. Itu kawan aku, tau. Siapa aku nak kawan, tu aku punya pasallah.

Fairuz: Habis, aku tengok sekarang engkau asyik dengan dia aja. Engkau makan-minum pun Dian yang bayar.

Ayu: Dian nak belanja aku, itu hak dialah. 'Kan namanya kawan.

Fairuz: Habis, engkau bawa kotak besar ini nak pergi mana? Apa ka' dalam ni?

Ayu: Eh, Fairuz, engkau jantan ke, … pondan? (jeda) Aku nak pergi __________ (pusat beli-belah yang terdekat dengan sekolah), nak jumpa Johan.

Fairuz: Johan Dian punya steady? Kau dah gila, Yu, campur dengan orang macam Johan? Tak pernah kerja, tapi banyak duit. Dia dah berapa banyak kali keluar-masuk penjara, kau tau?

Ayu: Macam mana kau tau?

Fairuz: Tak da lah, aku dengar orang cakap aja.

Ayu: 'Ah, mengaku pun.

Fairuz: Tapi, Yu, kau masih mesti jaga-jaga, tau. Hati-hati. Siapa tau, yang orang cakap tu semuanya betul. Nanti engkau si Johan tu rompakkah, kidnap-kah, rogolkah …

Ayu: Eh! Mulut laser. Terlepas cakap, bawa sial nanti.

Fairuz: Aku cuma na-si-hat. (berseloroh sendiri) Na, sihat. Jadi engkau boleh sihat.

Ayu: Apa engkau merepek, setan?

Fairuz: Dah lah. Ayu, bapak aku baru belikan aku pager. Ni, aku kasi nombornya. (tulis di kertas dan masukkan ke dalam kotak) Kalau ada apa-apa, engkau page. Aku jawab 'faster than 56 kilo bytes per second'.

Ayu: Dah, jalan 'ah. Pergi, pergi, pergi!

-

- - -

-

VideoFashion 2

Semua atur set untuk VF 2. Selesai VF 2, semua atur set untuk Beli-belah. Peragawati mengambil tempat; semua di belakang Peragawati.

Peragawati: Hi! Nama saya Nur 'Ashikin. Bapa saya keturunan Pakistan. Mak saya keturunan Bawean. Kalau saya jumpa kawan-kawan sekolah saya sekarang, tentu di'orang tak kenal pasal dulu saya gemuk, 'tomboy', 'dah tu pelat/sengau. Semua tak sebulu.

-

- - -

-

BELI-BELAH

Ayu sedang duduk menantikan Dian dan Johan. Pegawai Yusof yang berpakaian harian mendekati Ayu.

Yusof: (Pegawai) Hi, kau kawan Dian? Nama kau ni siapa?

Ayu: Ayu. Kau?

Yusof: Engkau kan sedang tunggu …

Ayu: Oh, Johan.

Yusof: Tahu pun, 'eh. Jangan marah, aku lambat. Tadi, si … siapa ni …

Ayu: Dian datang lambat jumpa kau. Dia memang selalu macam gitu. Dari masa kita Sec. 1 dulu sampai sekarang tak pernah berubah. Mana dia sekarang?

Yusof: Bukan Dian lah. Aku jumpa Zu. Dia pergi tandas sekejap.

Ayu: Dian kata dia nak pergi jumpa kau dulu baru datang sini? Habis, sekarang kau datang sorang pula.

Yusof: Dia balik dulu. Nanti dia datang. Barang aku semua ada kau bawa?

Ayu: Tu, kotak besar tu.

Yusof: Eh, Ayu, kau nak ikut kita pergi makan? Zu nak belanja kita pergi Boat Quay. Malam ni engkau free kan?

Ayu: Dian pergi sama? Kita tunggu Dian sampai dulu, boleh? Dian tu macam mana punya lambat pun, mesti datang punya. Johan, Zu tu siapa, kawan kau'rang 'eh? Dia tak kisahkah kalau banyak orang dia kena belanja?

Yusof: Kawan Dian, Zu anggap kawan dia juga.

Pegawai Zubaidah tiba.

Zubaidah: Wah, besarnya kotak! Lari rumahkah apa ni?

Yusof: 'Ah, Ayu, ini Zu.

Ayu dan Zubaidah bersalaman. Yusof menggerling ke arah Zubaidah. Zubaidah mengangguk.

Zubaidah: Ayu, kau ikut kita sekarang.

Ayu: Nanti lah dulu. Tunggu Dian.

Zubaidah: (menunjukkan kad pengenalan) Ayu, aku SSG Zubaidah. Kau ikut kita sekarang juga. Jangan buat kecoh. Sini orang ramai. Nanti engkau malu sendiri. Atau, kalau kau nak, kita boleh gari tangan kau.

Yusof: Dian kita dah bawa masuk tadi. Kau boleh jumpa dia ka' HQ.

Ayu terpinga-pinga. Zubaidah bangun dan tarik Ayu pergi.

-

- - -

-

SIASATAN

Ayu duduk termenung. Zubaidah dan Yusof mula menyoal.

Zubaidah: Siti Rahayu binti Jamaluddin. Sekolah baik. Keluarga baik. Tak ada rekod sebelum ni.

Yusof: Mak kau beritahu kita, kau sudah satu minggu tak balik rumah. Dia tak tau kau pergi mana.

Zubaidah: Mrs Thambaiah, kau punya English HOD kata, prestasi kau dalam darjah sudah mula merosot.

Yusof: Urine test kau positif. Ada satu sachet marijuana dalam kotak besar kau tu.

Zubaidah: Dalam kotak tu kita jumpa tiga ratus VCD haram. Kalau satu VCD dendanya $2000, itu sudah $600,000 yang engkau boleh didenda.

Yusof: Nombor pager siapa, tu? Jadi sekarang macam mana Ayu?

TIRAI

* * * * * * *

* * * * * *

* * * * *

* * * *

* * *

* *

*


TEATER-DALAM-PENDIDIKAN

Teater-Dalam-Pendidikan atau Theatre-In-Education (T.I.E.) adalah satu lapangan kesenian di mana para peserta mempelajari, meneliti dan memahami sesuatu tema atau isu melalui proses teater.

Aspek interaktif T.I.E. bertujuan memberi suatu pengalaman yang menyeluruh, baik dari segi fizikal, mental, mahupun emosional kepada para peserta. Ia juga memberi peluang kepada para peserta untuk mengambil bahagian dalam situasi yang realistik tanpa risiko menghadapi padah akibat dari tindakan-tindakan yang mereka ambil.

T.I.E. adalah satu program yang pro-aktif di mana para peserta digalakkan memberi, menerima dan menghormati semua pendapat dan pandangan dengan minda yang terbuka.

Proses pembelajaran dalam T.I.E. adalah seperti berikut;

1: Kegiatan Sebelum Persembahan (Pre-Performance Activity) dalam bentuk acara pengenalan dan permainan-permainan teater

2: Persembahan (Performance)

3: Kegiatan Selepas Persembahan (Post-Performance Activity) dalam bentuk "hot-seating" atau perbincangan semasa atau selepas Persembahan, dan Buku Kerja atau "Teacher's Pack" untuk para guru melanjutkan kegiatan-kegiatan dengan para peserta selepas Persembahan