yang telah mengabadikan hakikat bahawa cinta sejati hanya satu
dan ianya bukan dari dunia yang ini.
oleh Abu Aidan Muhammad
© Abu Aidan Muhammad, 2003
Watak-watak
Bilal,
63 tahun: Imam Surau Wak Tanjong; Pekebun kepada Engku Abdullah
3 Makcik K-po,
40-an: Penduduk-penduduk dari merata Kampung Melayu
Ahmad Sirat atau Mat,
21 tahun: Anak bungsu kepada Mak dan Bapak; pelajar maktab
Engku Aminah atau Minah,
19 tahun: Anak tunggal kepada Engku Abdullah; pelajar maktab
Omar Hamzah,
33 tahun: Anak sulung kepada Mak dan Bapak; Ketua Kesatuan Pekerja Kilang Serai
Engku Abdullah atau Tuan,
49 tahun: Ayah kepada Engku Aminah; Dua pupu kepada Bapak; CEO Kilang Serai
Mak dan Bapak,
49 tahun dan 50 tahun: Ibu dan Ayah kepada Ahmad Sirat dan Omar Hamzah; pesara Kilang Serai
Pengurus-Pengurus Kilang:
Abu Bakar,
28 tahun: Calon suami bagi Engku Aminah; Ketua Pengurus Kilang Serai
Maman,
Bahar,
Alias,
Intan,
Daliah,
Jelita,
Mariam
Anggota Kesatuan / Pekerja Kilang:
Daud,
Ishak,
Eunos,
Sarina,
Hajijah,
Melati,
Melor
hide-outs
the safe
on record
first degree
of a feather
word on the street
rap sheet
the next hit
writing on the wall
MUQADDIMAH
Pembuka
Mat & Minah
RIADAH
Mari Berkelah
Mengapa Termenung
Mahram
SANTAP
Silakan 1
Silakan 2
Rewang
IMPIAN
Lautan Cinta
Laila Majnun
LAIN PADANG, LAIN BELALANG
Cinta Tanpa Restu
Bina Masjid Bukan Senang
Restu Tanpa Cinta
RANCANGAN
Intisari Malam Ini
Nasib Pekerja Kilang
Nama Aku ‘Omar Hamzah’
SEPARUH KEDUA
MUSYAWARAH
Du’a Sesudah Solat
Solawat
Bina Masjid (Mat & Minah 2)
Jasa Ayah Ibu
Sejarah Hitam
SAMBUTAN
Sambutan
Antara Dua Darjat
KASIH TAK KESAMPAIAN
Tak Ku Sangka
KUDRAT
Wayang Badan
Talqin
PENUTUP
Lagu Tema SIGELAP
SEPARUH PERTAMA Bunyi-bunyian “Overture SIGELAP” bermula dan dimainkan hingga tamat. Tirai dibuka. Lagu gaya bebas “Pembuka” bermula. Cahaya mula terangi pentas perlahan-lahan dan mendedahkan BILAL di tengah pentas dengan dua keping Wayang Kulit - Laila dan Majnun. MUQADDIMAH - PEMBUKA BILAL … Dengan nama Allah … … Maha Pengasih, Maha Pemurah … Segala pujian tertuju padaNya Tuhan sekalian alam yang dicipta Ahai, Pemurah, aduhai, Pengasih Esa, Penguasa hari yang terakhir Kepada Mu disembah Kepada Mu dipinta Ahai, Pemurah, aduhai, Pengasih Esa, Penguasa hari yang terakhir Tunjukkan yang lurus Titian yang tulus Jauhkan yang simpang Titian yang songsang Ahai, Pemurah, aduhai, Pengasih Esa, Penguasa hari yang terakhir Tunjukkan yang lurus Titian yang tulus Jauhkan yang simpang Titian yang songsang Ahai, Pemurah, aduhai, Pengasih Esa, Penguasa hari yang terakhir Lagu “Pembuka” berakhir dan lagu “Mat & Minah” bermula. BILAL bergerak ke hadapan pentas. MAKCIK 1, 2, 3 masuk pentas bila mula menyanyi, melatar-belakangi BILAL. MUQADDIMAH - MAT & MINAH BILAL Tertulislah kisah anak muda dua Di suatu masa, Sigelap namanya Putik nan membunga, si dua mempelai Dalam taman cinta yang lama disemai MAKCIK 1. 2. 3 Lihatlah, Dengarlah, Fikirlah, Ertikanlah (2 kali) BILAL Sejak dari kecil bermula kenalan Sifatnya si kerdil, bermain-mainan Dengan tulus hati, perhubungan mesra Di amati janji abadi membara MAKCIK 1, 2, 3 Lihatlah, Dengarlah, Fikirlah, Ertikanlah (2 kali) BILAL Tibalah masanya ditunaikan janji Ubi yang ditanam, yang kian berisi Apakah tersia-sialahnya, janji Embun yang dititis dek daun keladi MAKCIK 1, 2, 3 Lihatlah, Dengarlah, Fikirlah, Ertikanlah (2 kali) BILAL Lihatlah, lihatlah, dia Mat dan Minah Dengarlah, Dengarlah, hati tanya-tanya Sejauhlah mana hebat api cinta Se per hebat juga yang Maha Mencinta MAKCIK 1, 2, 3 Lihatlah, Dengarlah, Fikirlah, Ertikanlah (2 kali) BILAL Tibalah masanya ditunaikan janji Ubi yang ditanam, yang kian berisi Apakah tersia-sialahnya, janji Embun yang dititis dek daun keladi MAKCIK 1, 2, 3 Lihatlah, Dengarlah, Fikirlah, Ertikanlah (2 kali) BILAL Lihatlah, lihatlah, dia Mat dan Minah Dengarlah, Dengarlah, hati tanya-tanya Sejauhlah mana hebat api cinta Se per hebat juga yang Maha Mencinta MAKCIK 1, 2, 3 & BILAL Lihatlah, Dengarlah, Fikirlah, Ertikanlah (4 kali) BILAL meletakkan Wayang Kulit Laila dan Majnun di depan pentas. BILAL dan MAKCIK 1, 2, 3 bergerak ke kawasan khusus masing-masing. Lagu “Mat & Minah” berakhir dan lagu “Mari Berkelah” bermula. Sepanduk dengan kekata ‘Sambutan Perjumpaan ‘Idul Fitri di Pantai Katong’ diturunkan. ORANG KAMPUNG MELAYU masuk pentas dan mengambil tempat berasingan antara lelaki dan wanita untuk ‘sambutan’. MAT dan MINAH kelihatan terasing walaupun berada di kalangan mereka. RIADAH - MARI BERKELAH LELAKI Setelah selesai kerja; Marilah beristirihat WANITA Sekadar meredakan lelah; Dan juga menghilangkan penat LELAKI Lupakan sebentar tugas; Tanggungjawab seharian WANITA Ayuhlah, jangan rasa malas; Jangan sampaikan ketinggalan LELAKI Bawa sama keluarga; Ibu, bapak, adik, kakak WANITA Agar semua bergembira; Pantang, tidak, kecuali, tidak WANITA Alah-ewah-ewah-ewah… LELAKI Aha-ha-ha-ha-hai… WANITA Alah-ewah-ewah-ewah… LELAKI Ai-yai-yai-yai-yai-ya… SEMUA Mari kita berkelah-kelah-kelah, Bergurau, bersenda-senda-senda Ketawa gembira, Ha-ha ha-ha Mari kita berkelah-kelah-kelah, Bermain, Bercanda-canda-canda Bernyanyi bersama, La-la la-la LELAKI Hati-hatilah sedikit; Janganlah sampai melampau WANITA Kalau ada yang naik bingit; Nanti semua jadi kacau LELAKI Usik-mengusik berpada; Jangan terpelecuk, kaki WANITA Jangan disimpan dalam dada; Andainya tersentuh di hati LELAKI Timbang WANITA Timbang-bang-bang-bang LELAKI Rasa WANITA Rasa-sa-sa-sa LELAKI Jangan sampai kering gusi-i-i-i... WANITA Bimbang LELAKI Bimbang-bang-bang-bang WANITA Masa LELAKI Masa-sa-sa-sa WANITA Sendiri pula yang rugi-i-i-i... WANITA Alah-ewah-ewah-ewah… LELAKI Aha-ha-ha-ha-hai… WANITA Alah-ewah-ewah-ewah… LELAKI Ai-yai-yai-yai-yai-ya… SEMUA Mari kita berkelah-kelah-kelah, Bergurau, bersenda-senda-senda Ketawa gembira, Ha-ha ha-ha Mari kita berkelah-kelah-kelah, Bermain, Bercanda-canda-canda Bernyanyi bersama, La-la la-la WANITA Alah-ewah-ewah-ewah… LELAKI Aha-ha-ha-ha-hai… WANITA Alah-ewah-ewah-ewah… LELAKI Ai-yai-yai-yai-yai-ya… LELAKI Hati-hatilah sedikit; Janganlah sampai melampau WANITA Kalau ada yang naik bingit; Nanti semua jadi kacau LELAKI Usik-mengusik berpada; Jangan terpelecuk, kaki WANITA Jangan disimpan dalam dada; Andainya tersentuh di hati LELAKI Timbang WANITA Timbang-bang-bang-bang LELAKI Rasa WANITA Rasa-sa-sa-sa LELAKI Jangan sampai kering gusi-i-i-i... WANITA Bimbang LELAKI Bimbang-bang-bang-bang WANITA Masa LELAKI Masa-sa-sa-sa WANITA Sendiri pula yang rugi-i-i-i... WANITA Alah-ewah-ewah-ewah… LELAKI Aha-ha-ha-ha-hai… WANITA Alah-ewah-ewah-ewah… LELAKI Ai-yai-yai-yai-yai-ya… Lagu “Mari Berkelah” berakhir dan lagu “Mengapa Termenung” bermula. MAT dan MINAH mengambil tempat, mengetengahkan diri masing-masing. ORANG KAMPUNG MELAYU mengelilingi dan mengusik mereka sambil menyanyi. RIADAH - MENGAPA TERMENUNG LELAKI Mengapa termenung; Otak sampai bingung Mengapa main api; Terbakar sendiri Mengapa terkenang; Nan mabuk kepayang Mengapa main cinta; Dirundung nestapa SEMUA Di-daa, di-daa, di-daa-doi, mengapa Di-daa, di-daa, di-daa-doi, kenapa Di-daa, di-daa, di-daa-doi, mengapa Di-daa, di-daa, di-daa-doi, kenapa MAT (diucap) Engkau tak ‘kan mengerti; Akan isi hati Hingga diri sendiri; Dapat mengalami Apa yang engkau tahu; Bukanlah penentu Niat, hasrat dituju; Jumpa jalan buntu WANITA Mengapa termenung; Otak sampai bingung Mengapa main api; Terbakar sendiri Mengapa terkenang; Nan mabuk kepayang Mengapa main cinta; Dirundung nestapa SEMUA Di-daa, di-daa, di-daa-doi, mengapa Di-daa, di-daa, di-daa-doi, kenapa Di-daa, di-daa, di-daa-doi, mengapa Di-daa, di-daa, di-daa-doi, kenapa MINAH (diucap) Janganlah engkau tanya; Persoalan cinta Lidah bagai senjata; Gores-gores luka Jangan engkau mencuba; Menyingkap tabirnya Sedang menyembuh luka; Mengalir semula LELAKI Mengapa termenung; Otak sampai bingung WANITA Mengapa main api; Terbakar sendiri LELAKI Mengapa terkenang; Nan mabuk kepayang WANITA Mengapa main cinta; Dirundung nestapa SEMUA Di-daa, di-daa, di-daa-doi, mengapa Di-daa, di-daa, di-daa-doi, kenapa Di-daa, di-daa, di-daa-doi, mengapa Di-daa, di-daa, di-daa-doi, kenapa MAT (diucap) Engkau tak ‘kan mengerti; Akan isi hati Hingga diri sendiri; Dapat mengalami Apa yang engkau tahu; Bukanlah penentu Niat, hasrat dituju; Jumpa jalan buntu MINAH (diucap) Janganlah engkau tanya; Persoalan cinta Lidah bagai senjata; Gores-gores luka Jangan engkau mencuba; Menyingkap tabirnya Sedang menyembuh luka; Mengalir semula Lagu “Mengapa Termenung” berakhir. Sambutan diteruskan sepanjang perbualan MAKCIK 1, 2, 3 dalam babak “Riadah - Mahram”. RIADAH - MAHRAM MAKCIK 1 Hah, tengok ‘tu. Yang laki-laki dengan yang laki-laki. Yang perempuan dengan yang perempuan. MAKCIK 2 Eh, mestilah. ‘Kan di’orang ‘tu bukan laki-bini? Kalau ‘dah laki-bini ‘tu, lain pulak cerita. MAKCIK 3 Ya-lah. Ini yang kita nampak. Tapi, yang kita tak nampak? MAKCIK 2 Eh, tak baik awak cakap macam ‘gitu. Itukan hal peribadi orang. MAKCIK 3 Peribadi ke, ‘p-ree-body’? Kalau ‘dah tak ada orang lain yang nampak, di’orang ‘tu buatlah apa di’orang punya suka. Bukan ‘gitu? MAKCIK 1 Ugama Islam ‘kan ‘dah cakap “kalau di’orang berdua-duaan, yang ketiga ‘tu adalah syaitan”. MAKCIK 2 Na’uzubillahi Minzaalik! MAKCIK 1 Jadi, cara bergaul begini, nanti di’orang juga yang dapat kebaikannya. MAKCIK 3 Tapi, ada di’orang yang ingat cara begini kuno. Ketinggalan zaman. Tak maju, kata di’orang. Dah ‘tu, bukan kata berdua-duaan lelaki dengan perempuan ‘aja. Yang laki-laki dengan laki-laki dan perempuan dengan perempuan pun ada. Bagi di’orang, itu kemajuan. MAKCIK 2 Astaghfirullah-hal’azim, sampai ‘gitu sekali. Jahat betul di’orang ‘tu, ‘eh? MAKCIK 1 Kalau di’orang ingat perkara begitu ‘tu kemajuan, bukan ‘jahat’ namanya, tapi ‘jahil’. MAKCIK 2 ‘Jahil’ dengan ‘jahat’ tak sama-ke? MAKCIK 1 Di’orang tak tahu ‘tu, sebenarnya. Itulah jahil. Orang bergaul sesama jenis - peliwat atau lesbian ‘tu, beribu-ribu tahun dulu ‘dah ada. Sebelum zaman nabi Musa, Fir’aun dan ugama Yahudi lagi. Apa yang kemajuan? MAKCIK 2 Kalau ‘gitu, di’orang-lah yang ketinggalan zaman, ‘eh? Hai, tak sanggup saya nak fikirkan. Pergaulan peribadi antara dua insan ‘kan untuk menghasilkan keluarga, anak-anak, cucu-cicit. Kalau laki-laki dengan laki-laki dan perempuan dengan perempuan, apa hasilnya? MAKCIK 3 Puaskan nafsu! MAKCIK 2 Inna-lillahi Wainna-ilaihi Raji’un! MAKCIK 1 Sebab itulah lebih baik di’orang ‘tu ‘berterang-terangan’. Kalau ada banyak orang, barulah ada rasa segan-silu sikit. Lagipun, kalau bergaul beramai-ramai macam ‘gini ‘kan bagus. Boleh berkenal-kenalan, tahu-menahu. ‘Kan pepatah Melayu kata “tak kenal maka tak cinta”. Kalau tak berkenal-kenalan, macam mana di’orang nak tahu-menahu? Cinta-menyinta? Sayang-menyayang? Dan kalau ada yang kesusahan, bantu-membantu? MAKCIK 3 Alah, kalau kenal pun, belum tentu boleh bantu. Atau pun, ‘NAK bantu. ‘Kan ada di’orang ‘tu bermuka-muka ‘aja. Depan orang kenal-kenal, senyum-senyum, suka-suka, tapi bila sampai masanya nak mintak tolong, ada ‘aja alasan. MAKCIK 2 Tak baik awak cakap orang macam ‘gitu. Semua orang ‘kan ada masalah dia sendiri. Kalau dia tak boleh tolong, takkan kita nak paksa. Nanti tak eklas. MAKCIK 1 Kalau tak eklas,.. MAKCIK 3 LOW CLASS! Di penghujung babak "Riadah - Mahram”, PENGURUS-PENGURUS LELAKI keluar pentas dan masuk semula dengan ENGKU ABDULLAH dan ABU BAKAR, membawa makanan untuk dihidangkan sambil menyanyikan lagu “Silakan”. SANTAP - SILAKAN 1 PENGURUS-PENGURUS LELAKI Ini dia dah sampai; Yang dinanti-nanti Hulur tangan dan capai; Jangan tapi-tapi Hanya yang ringan-ringan; Buat alas perut Kalau tergopoh makan; Nafas naik semput ENGKU ABDULLAH Awal bismillah; Akhir alhamdulillah ABU BAKAR Mulut memakan; Hati tetapkan iman ENGKU ABDULLAH Jangan mulut disuap; Hingga rasa lapar ABU BAKAR Jangan sampai tercungap; Cuma alah kadar PENGURUS-PENGURUS LELAKI Ini dia dah sampai; Yang dinanti-nanti Hulur tangan dan capai; Jangan tapi-tapi Hanya yang ringan-ringan; Buat alas perut Kalau tergopoh makan; Nafas naik semput ENGKU ABDULLAH Ayuh, silakan; Janganlah rasa segan ABU BAKAR Perut diisi; Bertenaga kembali ENGKU ABDULLAH Nanti bila dah makan; Berpestalah lagi ABU BAKAR Di hari perjumpaan; Sambut ‘Idul Fitri PENGURUS-PENGURUS LELAKI Ini dia dah sampai; Yang dinanti-nanti Hulur tangan dan capai; Jangan tapi-tapi Hanya yang ringan-ringan; Buat alas perut Kalau tergopoh makan; Nafas naik semput Selesai bernyanyi, ENGKU ABDULLAH, ABU BAKAR dan PENGURUS-PENGURUS LELAKI menghidangkan makanan kepada penonton. ORANG KAMPUNG MELAYU yang lain meneruskan makan sambil menyanyikan lagu “Silakan 2”. SANTAP - SILAKAN 2 SEMUA Ini dia dah sampai; Yang dinanti-nanti Hulur tangan dan capai; Jangan tapi-tapi Hanya yang ringan-ringan; Buat alas perut Kalau tergopoh makan; Nafas naik semput LELAKI Awal bismillah WANITA Akhir alhamdulillah LELAKI Mulut memakan WANITA Hati tetapkan iman LELAKI Jangan mulut disuap WANITA Hingga rasa lapar LELAKI Jangan sampai tercungap WANITA Cuma alah kadar SEMUA Ini dia dah sampai; Yang dinanti-nanti Hulur tangan dan capai; Jangan tapi-tapi Hanya yang ringan-ringan; Buat alas perut Kalau tergopoh makan; Nafas naik semput WANITA Ayuh, silakan LELAKI Janganlah rasa segan WANITA Perut diisi LELAKI Bertenaga kembali WANITA Nanti bila dah makan LELAKI Berpestalah lagi WANITA Di hari perjumpaan LELAKI Sambut ‘Idul Fitri SEMUA Ini dia dah sampai; Yang dinanti-nanti Hulur tangan dan capai; Jangan tapi-tapi Hanya yang ringan-ringan; Buat alas perut Kalau tergopoh makan; Nafas naik semput MAKCIK 1, 2, 3 makan dan minum sambil berbual dalam babak “Santap - Rewang”. SANTAP - REWANG MAKCIK 2 Eh-eh, seronoknya! Di tepi pantai macam ‘ni, kena kuih-kuih-muih dengan kopi-o. Amboi! Di ambang syurga! MAKCIK 3 ‘Dah. Sudah, ‘tu. Jangan terbawak-bawak. Inilah manusia. Kenyang perut, lupa dunia. ‘Kan membazir ‘ni semua? MAKCIK 1 Kenapa pulak? Bukannya yang di’orang hidang ‘tu berlebih-lebihan. MAKCIK 2 Ada kuih keria, kuih lapis, kuih koci, gendang kasturi, naga sari, epok-epok sayur, ondeh-ondeh, pulut serunding, otak-otak, agar-agar, pisang goreng,… Kopi mana? Kopi… MAKCIK 3 Kuih-kuih ‘ni semua, ‘kan di’orang boleh buat sendiri? Kalau sorang buat satu jenis ‘aja pun, ‘dah banyak ‘dah. MAKCIK 1 Yang dibeli ‘ni ‘kan dari orang yang berniaga. Tidak salahlah kalau kita bantu majukan perniagaannya ‘tu. Lagipun, kalau orang Melayu tak makan kuih Melayu, siapa lagi yang nak makan? MAKCIK 2 Jemput makan, ya? MAKCIK 1 Jemput, bismillah. MAKCIK 3 Kalau boleh bergotong-royong, sama-sama buat sendiri, nak buat apa keluar belanja lagi? Duit yang di’orang jimatkan ‘tu boleh di’orang buat untuk belanjakan yang lain. Yang lebih perlu. MAKCIK 1 ‘Ah, yalah. MAKCIK 2 Eh, panas! Adoi! Terbakar lidah aku! Lagu “Lautan Cinta” bermula. MAT dan MINAH pergi berasingan ke ‘tepi pantai’. ORANG KAMPUNG SIGELAP, secara berperingkat-peringkat, selesai makan dan keluar pentas. IMPIAN - LAUTAN CINTA MAT Ikan di laut berenang-renang Dari udara helang menerpa Masa berjauh dikenang-kenang Melepas rindu andai berjumpa MINAH Air kelapa diminum sama Sabut dihanyut si air pasang Hilang dahaga bila bersapa Bila terpisah bermenung panjang MAT Diselam dalam bahtera karam Digilap harta dihias-hias Di dalam diam merindu dendam Di dalam kata berkias-kias MINAH Dedaun nyiur melambai-lambai Nakhoda cari teropong patah Niat di hati belum tercapai Takut bertepuk tangan sebelah MAT Semalam-malam bulan purnama Namun gerhana membawa duka Sedalam-dalam Lautan Cinta Namun arusnya membawa luka MINAH Setinggi-tinggi si pohon duku Namun terpatah dedahan rapuh Sesuci-suci si hati kalbu Namun terpisah, kasih ditangguh MINAH Ombak memukul memecah sampan Nelayan hunus dayung perkasa Walau berkasih penuh tangisan Pantang menyerah berputus asa MAT Semana hangat sinar mentari Menjadi mendung menjelang senja Kepingin sangat salut di jari Hingga termenung menahan hiba MAT Semalam-malam bulan purnama Namun gerhana membawa duka Sedalam-dalam Lautan Cinta Namun arusnya membawa luka MINAH Setinggi-tinggi si pohon duku Namun terpatah dedahan rapuh Sesuci-suci si hati kalbu Namun terpisah, kasih ditangguh MINAH Ombak memukul memecah sampan Nelayan hunus dayung perkasa Walau berkasih penuh tangisan Pantang menyerah berputus asa MAT Semana hangat sinar mentari Menjadi mendung menjelang senja Kepingin sangat salut di jari Hingga termenung menahan hiba Lagu “Lautan Cinta” berakhir dan lagu “Laila Majnun” bermula. Sepanduk dengan kekata ‘Sambutan Perjumpaan ‘Idul Fitri di Pantai Katong’ dinaikkan. MAT dan MINAH mengambil Wayang Kulit dan bergerak ke depan pentas untuk ‘persembahan’ “Wayang Kulit Laila Majnun”. MAKCIK 1, 2, 3 menonton sambil memberi ulasan. IMPIAN - LAILA MAJNUN MAT Dindaku Laila Dikaulah pelita MINAH Kandaku Majnun Kamu penyamun MAKCIK 2 Astaghfirullahal’azim, ‘penyamun’ dia panggil kekasih sendiri! MAKCIK 1 Itu cuma bahasa kiasan. Bukannya betul-betul Majnun ‘tu penyamun. MAKCIK 3 Shh! Orang sedang buat persembahan, jangan diganggu persembahannya. ‘Kan biadab ‘tu namanya? MAT Dindaku Laila, dikau pelita Penerang dunia, gelap-gelita Dindaku Laila, dikau penawar Harum penyegar, pewarna pudar Dindaku Laila, pengubat luka Penghibur duka…aa…aa…aa, hatiku suka MINAH Semenjak kecil hatiku kau curi Dikau ambil dan kau bawa lari Ke mana saja…aa…aa Ku ikut pergi MAKCIK 1 Dengan kiasannya ‘tu, Laila maksudkan dari semenjak kecik lagi, semasa mereka di bangku madrasah lagi, Laila sudah terpikat dengan Majnun. MAKCIK 2 Boleh tahan jugak Laila dengan Majnun ‘ni, ‘eh? Kecik-kecik ‘dah tau main cinta. Cinta monyetlah ‘tu. MAKCIK 3 Umur setahun jagung, tak ’kanlah di’orang tau erti cinta. MAKCIK 1 Kenapa tidak? Perasaan cinta ‘tu ‘kan mengikut naluri semulajadi manusia? MAT Dindaku Laila, manis senyummu Bulat matamu, merah pipimu Dindaku Laila, pintar bicara Halus bahasa, tata-susila Dindaku Laila, ingin ku sunting Berpusing-pusi…ii…ii…ing, hatiku runsing MINAH Di mana janji yang kanda ucapkan Dinda sering menanti-nantikan Di dalam lena…aa…aa Dinda mimpikan MAKCIK 2 Ala-hai! Sampai termimpi-mimpi. MAKCIK 3 Yang dia mimpi-mimpi ‘ni betul-ke, kiasan? Kalau ‘dah si anak dara yang termimpi-mimpikan si teruna, ‘dah teruk benarlah ‘tu! Hai, tak cukup sifat kewanitaan si Laila ‘ni. MAKCIK 1 Kalau ‘dah kata ‘cinta’, tak kira teruna-dara, jantan-betina, duda-janda, tua-muda. Semua sama ‘aja. MAKCIK 3 Itu Mat Sentol yang cakap! MAKCIK 2 Mat Sentol pun ada cakap pasal Laila Majnun? MAKCIK 1 Bukan. Pasal cinta. MAKCIK 2 Oh, pasal cinta. (Jeda) Apa kena-mengena cinta Laila dengan Majnun dengan cinta Mat dengan Minah? MAT Dindaku Laila, dikau pelita Penerang dunia, gelap-gelita Dindaku Laila, dikau penawar Harum penyegar, pewarna pudar Dindaku Laila, pengubat luka Penghibur duka…aa…aa…aa, hatiku suka MINAH Semenjak kecil hatiku kau curi Dikau ambil dan kau bawa lari Ke mana saja…aa…aa Ku ikut pergi MAT Dindaku Laila, manis senyummu Bulat matamu, merah pipimu Dindaku Laila, pintar bicara Halus bahasa, tata-susila Dindaku Laila, ingin ku sunting Berpusing-pusi…ii…ii…ing, hatiku runsing MINAH Di mana janji yang kanda ucapkan Dinda sering menanti-nantikan Di dalam lena…aa…aa Dinda mimpikan MAT Dindaku Laila Dikaulah pelita MINAH Kandaku Majnun Kamu penyamun MAT dan MINAH meletakkan Wayang Kulit di hadapan pentas dan memulakan Karut. MINAH Apalah guna berangan-angan MAT Kumbang merindu bunga ditaman MINAH Apalah guna bermuram durja MAT Kumbang dihambat angin gelora MINAH Mengapa tidak jejak impian MAT Terpatah sayap dipukul taufan MINAH Mengapa tidak bina istana MAT Terbujur pincang tidak berdaya MINAH Ombak memukul memecah sampan MAT Nelayan hunus dayung perkasa MINAH Walau berkasih penuh tangisan MAT Pantang menyerah berputus asa Lagu “Laila Majnun” beransur reda. ENGKU ABDULLAH, MAK dan BAPAK masuk pentas. MINAH bersemuka dengan ENGKU ABDULLAH, dan MAT bersemuka dengan MAK dan BAPAK di ‘rumah’ masing-masing dan berbincang dalam gaya Deklamasi Puisi. LAIN PADANG, LAIN BELALANG - CINTA TANPA RESTU ENGKU ABDULLAH Duhai Anakanda Mengapa muram, berpanjang muka Berat rasanya di hati Papa Lihat anak’nda, memikirkannya MAK & BAPAK Duhai Anakanda Apa ertinya Mak, Bapak ini Kalau tak boleh mencurah hati Menyimpan dendam, membakar diri MAT & MINAH Kudrat tentukan, tercipta insan Berpasang bukan bersendirian Bukanlah niat melanggar adat Inikah saat memenuh sifat ENGKU ABDULLAH Duhai Anakanda Masa berlalu bukan penentu Pasti ketemu hasrat dan restu Tepat di saat eloknya waktu MAK & BAPAK Duhai Anakanda Masjid dibina bukannya senang Kalau berlemas belum dikenang Jangan lautan hendak direnang MAT & MINAH Kudrat tentukan, tercipta insan Berpasang bukan bersendirian Bukanlah niat melanggar adat Inikah saat memenuh sifat MINAH Cinta di semai, Tubuh terkapai-kapai MAT Hati merestu, Minda terdibelenggu MINAH Niat yang suci, Hanya kata penyaji MAT Kejar impian, Kendungan keciciran ENGKU ABDULLAH Duhai Anakanda Bukan mendatar bumi yang bujur Elok merancang, jangan terlanjur Menanam benih menumbuh subur MAK & BAPAK Duhai Anakanda Jangan pepatah diambil ringan Timbul ungkapan dari tauladan Janganlah pungguk rindukan bulan MAT & MINAH Kudrat tentukan, tercipta insan Berpasang bukan bersendirian Bukanlah niat melanggar adat Inikah saat memenuh sifat Lagu “Laila Majnun” berakhir. MAT, MAK, BAPAK, MINAH dan ENGKU ABDULLAH terdiam berfikir. MAKCIK 1,2,3 ‘menumpang perasaan’ bersama mereka berlima. LAIN PADANG, LAIN BELALANG - BINA MASJID BUKAN SENANG MAKCIK 1 Elok betul Mat dengan Minah ‘tu pergi berjumpa dengan orang tua di’orang. Dapat jugak berunding sekeluarga sebelum buat keputusan. MAKCIK 2 Memang beradab budak berdua ‘tu. Ikut adat tata-tertib. Tak ikut sesuka hati nafsu muda di’orang. Kalaulah semua anak muda macam Mat dan Minah... MAKCIK 3 Alamat tak makan nasik minyaklah kita! Asyik nak duduk berunding ‘aja. MAKCIK 1 Nak bina rumahtangga ‘tu bukannya senang. Dalam Ugama Islam, nak bina rumahtangga ibarat nak bina masjid. Usaha yang besar macam ‘gini mestilah kena bincang dan rancang dulu. MAKCIK 2 Barulah lebih sedap nasik minyak yang di’orang hidangkan. Hmm! MAKCIK 3 Kerana yang di’orang nak buat ‘tu perkara baiklah maka sebaik-baiknya jangan ditunda-tunda. Dan sepatutnya mereka ‘tu dibantu. Masa Nabi kita menikahkan anaknya Fatimah dengan Sayyidina Ali, hantarannya cuma berapa ‘aja. MAKCIK 2 Semuanya lengkap, serba satu! MAKCIK 1 Bantal, satu. Selimut, satu. Pinggan, satu. Cawan, satu. Batu giling, satu. Batu lesung, satu... MAKCIK 3 Lagi pun, Engku dengan Bapak Mat ‘tu bukannya orang lain. Dua pupu. Satu moyang. Datuk di’orang adik-beradik. Kalau Mat dan Minah langsung terus, ‘kan dapat lebih mengeratkan silatur-rahim, tali-persaudaraan mereka? MAKCIK 2 Eh-eh, kenduri besarlah kita satu kampung! ENGKU ABDULLAH melangkah ke hadapan untuk memberi kata putus dalam gaya Deklamasi Puisi. LAIN PADANG, LAIN BELALANG - RESTU TANPA CINTA ENGKU ABDULLAH Anakanda Aminah ku Papa inginkan kebahagiaanmu Kesejahteraan masa depanmu Andainya tiada kelegaan hati Tak sanggup Papa meninggalkan pergi Di mana bukti syurgawi idaman Belum berdiri, jangan ‘kan jalan Pilihan hatimu Papa tak sanggup Berkasih, bercinta, belum lagi cukup Manakah boleh kehangatan cinta Mengisi perut, hilangkan dahaga Bukanlah cinta tidak punya erti Ataupun Papa tidak memperduli Cinta boleh disemai dan mekar Dengan kecekalan hati dan sabar Pilihan Papa ialah Abu Bakar Paluan rebana “Intisari Malam Ini” bermula. MAT, MAK, BAPAK, MINAH dan ENGKU keluar pentas. ABU BAKAR dan PENGURUS-PENGURUS masuk pentas untuk membentangkan rancangan bagi ‘Sambutan Perjumpaan ‘Idul Fitri di Balai Raya Kampung Ubi’ pada malam hari nanti. RANCANG - INTISARI MALAM INI ABU BAKAR Assalaamu’alaikum PENGURUS-PENGURUS Wa’alaikumussalam Warahmatullah ABU BAKAR Malam ini Kita teruskan sambutan Pesta Perjumpaan ‘Idul Fitri lebaran PENGURUS-PENGURUS Eng-geh! Malam ini Kita teruskan sambutan Pesta Perjumpaan ‘Idul Fitri lebaran ABU BAKAR Malam ini Selesainya solah Bilal buka bicara Memandu upacara PENGURUS-PENGURUS Eng-geh! Malam ini Selesainya solah Bilal buka bicara Memandu upacara ABU BAKAR Malam ini Biasiswa diberi Oleh Engku sendiri Kepada yang menanti PENGURUS-PENGURUS Eng-geh! Malam ini Biasiswa diberi Oleh Engku sendiri Kepada yang menanti ABU BAKAR Malam ini Aminah dan Ahmad Perbaharui tekad Semoga mendapat berkat PENGURUS-PENGURUS Eng-geh! Malam ini Aminah dan Ahmad Perbaharui tekad Semoga mendapat berkat ABU BAKAR Malam ini Sepatah dua kata Dari Engku Abdullah Muktamad upacara PENGURUS-PENGURUS Eng-geh! Malam ini Sepatah dua kata Dari Engku Abdullah Muktamad upacara ABU BAKAR Malam ini Sambil berehat Bersama dengar dan lihat “Antara Dua Darjat” PENGURUS-PENGURUS Eng-geh! Malam ini Sambil berehat Bersama dengar dan lihat “Antara Dua Darjat” ABU BAKAR & PENGURUS-PENGURUS Malam ini Kita teruskan sambutan Pesta Perjumpaan ‘Idul Fitri lebaran ABU BAKAR Assalaamu’alaikum PENGURUS-PENGURUS Wa’alaikumussalam Warahmatullah Paluan rebana “Intisari Malam Ini” berakhir dan lagu “Nasib Pekerja Kilang” bermula. ABU BAKAR dan PENGURUS-PENGURUS keluar pentas dan PEKERJA KILANG SERAI masuk pentas, mengenangkan kehidupan mereka. RANCANGAN - NASIB PEKERJA KILANG PEKERJA Apalah nasib kita pekerja kilang Bekerja siang, malam, membanting tulang Untuk mencari rezki Walau sesuap nasi Hingga begini Apalah daya bila diri terpaksa Majikan mula bermaharajalela Kita dipandang sepi Tidak pun dihargai Kecewa hati Apalah nasib kita pekerja kilang Bekerja siang, malam, membanting tulang Untuk mencari rezki Walau sesuap nasi Hingga beginI Apalah hasil usaha yang dibuat Kalau bersama keluarga pun tak sempat Berpeluh hari-hari Siang, malam dan pagi Tiada erti Apalah nasib kita pekerja kilang Bekerja siang, malam, membanting tulang Untuk mencari rezki Walau sesuap nasi Hingga begini Lagu “Nasib Pekerja Kilang” berakhir dan lagu “Nama Aku ‘Omar Hamzah’” bermula. OMAR HAMZAH masuk pentas. PEKERJA KILANG SERAI diam, menatap OMAR HAMZAH yang bergerak mengelilingi pentas sambil menyemarakkan semangat mereka. RANCANGAN - NAMA AKU ‘OMAR HAMZAH’ OMAR HAMZAH Diam-diam ubi Semakin lama makin berisi Diam-diam diri Badan merana memakan hati Genggam bara api Sampaikan hitam menjadi arang Hangat-hangat tahi Sejarah silam jangan dikenang Dua benua, Iskandar Hanya menyembah yang Maha Besar Dua palang, Adnan Bedil tikaman menjadi kafan Kalaulah aku hanya berserah Membawa malu bernama ‘Hamzah’ Kalau tak sanggup bela yang benar Tak aku sahut teriakkan ‘Omar’ Dua benua, Iskandar Hanya menyembah yang Maha Besar Dua palang, Adnan Bedil tikaman menjadi kafan Kalaulah aku hanya berserah Membawa malu bernama ‘Hamzah’ Kalau tak sanggup bela yang benar Tak aku sahut teriakkan ‘Omar’ PEKERJA-PEKERJA Diam-diam ubi Semakin lama makin berisi Diam-diam diri Badan merana memakan hati Genggam bara api Sampaikan hitam menjadi arang Hangat-hangat tahi Sejarah silam jangan dikenang OMAR HAMZAH Kalaulah aku hanya berserah Membawa malu bernama ‘Hamzah’ Kalau tak sanggup bela yang benar Tak aku sahut teriakkan ‘Omar’ PEKERJA-PEKERJA & OMAR HAMZAH Dua benua, Iskandar Hanya menyembah yang Maha Besar Dua palang, Adnan Bedil tikaman menjadi kafan Dua benua, Iskandar Hanya menyembah yang Maha Besar Dua palang, Adnan Bedil tikaman menjadi kafan Diketuai oleh OMAR HAMZAH, PEKERJA KILANG SERAI keluar pentas. Lagu “Nama Aku ‘Omar Hamzah’” beransur reda hingga tamat. Cahaya mula malap dan tirai ditutup untuk ISTIRIHAT.
SEPARUH KEDUA Zikir bagi “Doa Sesudah Solat” bermula. Tirai dibuka perlahan-lahan. Cahaya mula terangi pentas perlahan-lahan dan mendedahkan ORANG KAMPUNG MELAYU sedang duduk berdoa selepas solat, diimamkan oleh BILAL. MUSYAWARAH - DOA SESUDAH SOLAT SEMUA (berulang-ulang seperti berzikir) Duhai Yang Maha Suci, Puji-puji dituju Dia Penghulu kami, Tiada selain Mu BILAL Wahai Tuhan kami Sejahterakan Penghulu kami Keluarga Penghulu kami Sahabat-sahabat Penghulu kami Wahai Tuhan kami Terimalah solat kami Ampunilah dosa kami Dan di Hari Akhirat nanti Jangan Engkau azabkan kami Wahai Tuhan kami Sejahterakanlah kami Sejahterakan ibubapa kami Sejahterakan guru-guru kami Sejahterakan ketua-ketua kami Sejahterakan agama kami Sejahterakan iman kami Sejahterakan tauhid kami Sejahterakan rohani kami Sejahterakan jasmani kami Sejahterakan rezeki kami Sejahterakan saudara kami Muslim Mukmin, wanita lelaki Yang hidup dan yang mati Wahai Tuhan kami Ampuni segala dosa kami Segala dosa ibubapa kami Dan mereka Engkau kasihani Seperti mereka kasihani kami Sewaktu masih kecil kami Ampuni dosa saudara kami Muslim Mukmin, wanita lelaki Yang hidup dan yang mati Wahai Tuhan kami Berikanlah kepada kami Taubat sebelum mati Rahmat ketika mati Keringanan mabuk mati Keampunan setelah mati Wahai Tuhan kami Janganlah dipesongkan hati kami Setelah petunjuk Engkau beri Semoga kami dirahmati Kerana Engkau Maha Pemberi Wahai Tuhan kami Berikanlah kepada kami Kebaikan di dunia ini Dan kebaikan di akhirat nanti Dan peliharalah kami Daripada azab api Neraka Wahai Tuhan kami Maha Mendengar, Maha Mengetahui Dengarkanlah permohonan kami Maha Menerima, Maha Mengasihani Terimalah taubat kami Janganlah disiksa kami Atas dosa besar dan kecil kami Seruan bagi ahli syurgawi Tabik hormat dari kami Kepada Mu segala puji Pentadbir seluruh petala duniawi Zikir bagi “Doa Sesudah Solat” berakhir dan lagu tanpa bunyi-bunyian “Solawat” bermula. ORANG KAMPUNG MELAYU berdiri dan beratur untuk bersalam-salaman; yang lelaki sesama sendiri dan yang wanita sesama sendiri. MUSYAWARAH - SOLAWAT BILAL Ya Nabi, moga sejaht’ra Ya Rasul, moga sejaht’ra Kekasih, moga sejaht’ra Moga dirahmati Allah SEMUA Ya Nabi, moga sejaht’ra Ya Rasul, moga sejaht’ra Kekasih, moga sejaht’ra Moga dirahmati Allah BILAL Terbitlah bulan purnama Samar bintang, cahayanya Tak pernah secantik rupa Wahai wajah yang berseri SEMUA Ya Nabi, moga sejaht’ra Ya Rasul, moga sejaht’ra Kekasih, moga sejaht’ra Moga dirahmati Allah BILAL Matahari, Engkau bulan Cahaya atas cahaya Emas yang tiada harga Pelita di dalam hati SEMUA Ya Nabi, moga sejaht’ra Ya Rasul, moga sejaht’ra Kekasih, moga sejaht’ra Moga dirahmati Allah Ya Nabi, moga sejaht’ra Ya Rasul, moga sejaht’ra Kekasih, moga sejaht’ra Moga dirahmati Allah Lagu tanpa bunyi-bunyian “Solawat” berakhir dan lagu “Bina Masjid” bermula. ORANG KAMPUNG MELAYU keluar pentas, BILAL bergerak ke depan pentas dan MAKCIK 1, 2, 3 ke kawasan khusus mereka. MUSYAWARAH - BINA MASJID (MAT & MINAH 2) BILAL Engku, Papa Minah, tiada membantah Syaratnya hanyalah masa depan cerah Mak dan Bapak Ahmad, memberinya restu Setara, sejagat, se kata setuju MAKCIK 1, 2, 3 Lihatlah, Dengarlah, Fikirlah, Ertikanlah (2 kali) BILAL Siapa menyangka di dalam wawasan Cinta Mat dan Minah tertera halangan Merpati di awan mula menyedari Syurgawi idaman mungkin hanya mimpi MAKCIK 1, 2, 3 Lihatlah, Dengarlah, Fikirlah, Ertikanlah (2 kali) BILAL Tibalah masanya ditunaikan janji Ubi yang ditanam, yang kian berisi Apakah tersia-sialahnya, janji Embun yang dititis dek daun keladi MAKCIK 1, 2, 3 Lihatlah, Dengarlah, Fikirlah, Ertikanlah (2 kali) BILAL Lihatlah, lihatlah, dia Mat dan Minah Dengarlah, Dengarlah, hati tanya-tanya Sejauhlah mana hebat api cinta Se per hebat juga yang Maha Mencinta MAKCIK 1, 2, 3 & BILAL Lihatlah, Dengarlah, Fikirlah, Ertikanlah (4 kali) Lagu “Bina Masjid” berakhir dan lagu “Jasa Ayah Dan Ibu” bermula. ENGKU ABDULLAH, MAK dan BAPAK masuk pentas untuk ‘bermusyawarah’ dengan BILAL. MUSYAWARAH - JASA AYAH DAN IBU BILAL Tujuh tahun dijadikan hamba Tujuh tahun erat bersahabat Tujuh tahun kemudi, nakhoda Ayah, ibu memenuhi syarat MAK Dalam sakit yang bertambah sakit Ibu tempuhi dikit sedikit ENGKU ABDULLAH Dalam memerah titisan peluh Ayah tak pernah keluh mengeluh MAK Dalam berpenat berhempas-pulas Ibu tak pernah meminta balas BAPAK Dalam merawat penyakit tenat Ayah memohon berganti tempat BILAL Tujuh tahun dijadikan hamba Tujuh tahun erat bersahabat Tujuh tahun kemudi, nakhoda Ayah, ibu memenuhi syarat MAK Dalam membelai tangisan malam Usap mengusap, idam mengidam ENGKU ABDULLAH Dalam mencari hasil rezeki Untung diuntung, menanggung rugi MAK Dalam menyusu menyuap makan Dodoi si dodoi dakap pelukan BAPAK Dalam usaha mengubat duka Berpontang-panting ke sini sana BILAL Tujuh tahun dijadikan hamba Tujuh tahun erat bersahabat Tujuh tahun kemudi, nakhoda Ayah, ibu memenuhi syarat Inilah jasa ayah dan ibu Andai dilupa menyayat hati Ini amanah Yang Maha Satu Andai terlena musnahlah diri Tujuh tahun dijadikan hamba Tujuh tahun erat bersahabat Tujuh tahun kemudi, nakhoda Ayah, ibu memenuhi syarat Lagu “Jasa Ayah Dan Ibu” mula reda hingga melatar-belakangi perbualan MAKCIK 1, 2, 3. MAKCIK 2 Kesian! Apalah nasib Engku, Mak dengan Bapak. Dapat anak, dihantar sekolah tinggi-tinggi, ‘dah ‘tu tak mengenang jasa orang tua. MAKCIK 1 Sebab itu orang Melayu kata “Kalau mak bapak kaya, anak jadi raja; kalau anak kaya, mak bapak jadi hamba”. MAKCIK 2 Ini baru masa di’orang belajar universiti. Bila Mat ‘tu dah mula bekerja nanti macam abang dia Omar, macam mana agaknya? Omar ‘tu Ketua Kesatuan Pekerja, lagi. Kalau dia berpangkat macam abangnya, lebih besar kepalalah Mat ‘tu nanti. Dan Minah pulak, papanya Engku Abdullah, Tuan besar Kilang Serai... MAKCIK 3 Tanggungjawab mak bapak ‘kan untuk memelihara anak. ‘Dah cukup di’orang kasi makan, kasi tempat berteduh, kasi didikan ‘tu, sudahlah! Kalau pun budak-budak ‘tu memang tak mengenang jasa mak bapak, biarlah. Apa, mak bapak berjasa untuk mintak dikenang-kenang ke? Untuk mintak dibalas? MAKCIK 2 Alahai, kesian! MAKCIK 1 Anak-anak bertanggungjawab menghormati dan menjaga hati mak bapak. Apa yang mak bapak di’orang mintak, anak-anak bertanggungjawab memberinya. Walau mak bapak ‘tu jahil atau kafir sekalipun. MAKCIK 2 Tapi Engku, Mak dengan Bapak bukan orang kafir. MAKCIK 3 Adakah anak macam Omar ‘tu tak bertanggungjawab kalau masa sekolahnya dia tak pernah berjaya dalam pelajaran seperti yang Mak dengan Bapak mintak, tapi cuma berjaya dalam sukan? Dulu, apa saja sukan yang dia ambik bahagian masa dia sekolah, dia mesti jadi ketua pasukan. MAKCIK 2 Sub-hanallah! MAKCIK 3 Masa menjalani Perkhidmatan Negara, dia dinaikkan pangkat sampai menjadi Sarjan kepada platunnya. MAKCIK 2 Al-hamdulillah! MAKCIK 3 Sekarang, walaupun Omar ‘tu tak berpelajaran tinggi macam adiknya Mat, dia masih mampu menjadi Ketua Kesatuan Pekerja Kilang Serai. MAKCIK 2 Allahu-akbar! MAKCIK 3 Kalau Engku boleh memberi Omar kepercayaan yang macam ‘gitu, mesti Mak dengan Bapak berasa bangga dengan pencapaiannya. MAKCIK 2 Sudah tentu! MAKCIK 1 Omar ‘tu sedang membuat rancangan untuk berjuang mempertahankan hak-hak asasi Pekerja-pekerja Kilang Serai. Atau setidak-tidaknya pun, Omar nak menyuarakan keresahan mereka. Kalau rancangan dia gagal, apa pulak nak jadi dengan pekerja-pekerja di bawah jagaannya ‘tu? MAKCIK 2 Ya-Allah! MAKCIK 1 Kalaulah, misal kata, Pekerja-pekerja Kilang Serai ‘tu semua diberhentikan kerja, apa nak jadi? Alamat kosonglah tong beras di’orang ‘tu nanti. MAKCIK 2 Masya-Allah! MAKCIK 1 Kalau Engku anggap perbuatan Omar ‘tu menyalahgunakan kuasa di tangannya, apa Engku nak beri kepercayaan kepada dia lagi? MAKCIK 2 Astaghfirullah! MAKCIK 1 ‘Dah ‘tu, apa pulak nanti perasaan dalam hati Mak dengan Bapak kalau Omar mengecewakan Engku dengan Pekerja-pekerja Kilang Serai? MAKCIK 2 Ado-do-doi! Omar pulak buat pasal! Lagu “Jasa Ayah Dan Ibu” berakhir dan lagu “Sejarah Hitam” bermula. ENGKU ABDULLAH, MAK dan BAPAK keluar pentas. BILAL bergerak ke depan pentas. MUSYAWARAH - SEJARAH HITAM MAKCIK 1, 2, 3 Sejarah, sejarah, sejarah, sejarah Sejarah, sejarah, sejarah, sejarah Sejarah hitam Sejarah, sejarah, sejarah, sejarah Sejarah, sejarah, sejarah, sejarah Sejarah hitam BILAL Sejarah Melaka digegar Kasturi Bertahta si Raja tanpa harga diri Di Kampung Sempadan musuh tak berhati Langsung di hancurkan tangan ku sendiri Kini Kilang Serai diruntuhkan, bubar Singa tak berantai yang bernama ‘Omar” Musuh, majikan, butuh Dosa, khianat bangsa Fitnah, mengalah zina Jasa, Penawar bisa Iqrak, merapat jarak Ibadah, titi akidah Solat, hak mutlak jasad As-sunnah, sirrat-ul cerah Sejarah Melaka digegar Kasturi Bertahta si Raja tanpa harga diri Di Kampung Sempadan musuh tak berhati Langsung di hancurkan tangan ku sendiri Kini Kilang Serai diruntuhkan, bubar Singa tak berantai yang bernama ‘Omar” MAKCIK 1, 2, 3 Sejarah, sejarah, sejarah, sejarah Sejarah, sejarah, sejarah, sejarah Sejarah hitam Sejarah, sejarah, sejarah, sejarah Sejarah, sejarah, sejarah, sejarah Sejarah hitam BILAL Sejarah Melaka digegar Kasturi Bertahta si Raja tanpa harga diri Di Kampung Sempadan musuh tak berhati Langsung di hancurkan tangan ku sendiri Kini Kilang Serai diruntuhkan, bubar Singa tak berantai yang bernama ‘Omar” Musuh, majikan, butuh Dosa, khianat bangsa Fitnah, mengalah zina Jasa, penawar bisa Iqrak, merapat jarak Ibadah, titi akidah Solat, hak mutlak jasad As-sunnah, sirrat-ul cerah Sejarah Melaka digegar Kasturi Bertahta si Raja tanpa harga diri Di Kampung Sempadan musuh tak berhati Langsung di hancurkan tangan ku sendiri Kini Kilang Serai diruntuhkan, bubar Singa tak berantai yang bernama ‘Omar” MAKCIK 1, 2, 3 Sejarah, sejarah, sejarah, sejarah Sejarah, sejarah, sejarah, sejarah Sejarah hitam Sejarah, sejarah, sejarah, sejarah Sejarah, sejarah, sejarah, sejarah Sejarah hitam Sepanduk dengan kekata ‘Sambutan Perjumpaan ‘Idul Fitri di Balai Raya Kampung Ubi’ diturunkan. ORANG KAMPUNG MELAYU masuk pentas dan mengambil tempat berasingan antara PENGURUS-PENGURUS dan PEKERJA-PEKERJA KILANG SERAI untuk ‘sambutan’. Lagu “Sejarah Hitam” berakhir. BILAL naik ke ‘pentas’ sambutan. SAMBUTAN BILAL Dengan sukacitanya, saya mempersilakan Yang Berhormat Engku Abdullah naik ke pentas untuk menyampaikan Biasiswa Eunos kepada calon-calon yang dipilih bagi tahun ini. SEMUA memberi tepukan. ENGKU ABDULLAH naik ke ‘pentas’, diapit oleh ABU BAKAR. BILAL Calon pertama Anugerah Biasiswa Eunos ... seorang penuntut tahun ke dua di Maktab Perindustrian Tun Fatimah ... Engku Aminah binti Engku Abdullah. SEMUA memberi tepukan. MINAH naik ke ‘pentas’ untuk menerima anugerah. BILAL Calon kedua Anugerah Biasiswa Eunos ... juga seorang penuntut tahun ke dua di Maktab Perindustrian Tun Fatimah ... Ahmad Sirat bin Awang. SEMUA memberi tepukan. MAT naik ke ‘pentas’ untuk menerima anugerah. Setelah selesai, SEMUA memberi tepukan, kemudian MAT, MINAH dan ABU BAKAR turun dari ‘pentas’. BILAL Dengan sukacitanya, saya mempersilakan Yang Berhormat Engku Abdullah untuk memberi sepatah-dua kata-kata. SEMUA memberi tepukan. BILAL turun dari ‘pentas’. ENGKU ABDULLAH Assalaamu ’alaikum, warahmatullaahi, wabarakaatuh. Tuan Bilal yang saya hormati, Imam Surau Wak Tanjong dan Pengacara malam yang mulia lagi meriah ini ... yang dihargai Saudara Abu Bakar, Ketua Pengurus Kilang Serai, Saudara Omar Hamzah, Pengerusi Kesatuan Pekerja-pekerja Kilang Serai dan Pengurus-pengurus Kilang Serai yang lainnya ... yang disayangi Pekerja-pekerja Kilang Serai dengan berserta sanak keluarga masing-masing sekelian. Semoga kita semua sejahtera dan diberkati. Berdirinya kita pada ketika malam ini, adalah barang kerana berlalunya malam semalam. Maka segala apa yang berlaku malam semalam, langsung membawa kesannya kepada pada malam ini. Akan bertanyalah di antara kita yang berfikir, mengapakah tidak kita lakukan ini dan itu malam semalam, supaya dapat sama dirasa kebaikannya itu pada malam ini? Hatta semalam sudah berlalu, dan tidak akan jadi boleh dapat kita mengulanginya semula, atau pun kembali semula kepadanya. Kerana juga itu, kalau pada yang berfikir di antara kita tidak memikirkan tentang apa yang mungkin akan berlaku malam esok, hatta akan barang adanya kemungkinan kita akan mendapat kesal, kerana tidak melakukan ini dan itu pada malam ini. Maka dengan memikirkan soalan-soalan mengenai tentang apa yang akan mungkin berlaku, boleh dapat menyedarkan kita bahawa pentingnya melakukan ini dan itu, sebagai persiapan untuk masa yang akan datang. Maka salah satu perkara yang kita boleh dan perlu melakukan, untuk sebagai persiapan dan tidak mendapat kesal akan kerana tidak melakukannya, ialah usaha mencari dan mengaji ilmu pengetahuan. Oleh kerana telah memikirkan akan yang demikian itu, dan mempunyai ingin untuk langsung membantu anak-anak kita, setelah mereka menunjukkan kebolehan untuk mencapai tahap teratas lagi dari yang mereka telah mencapainya, mempengaruhi akan Pihak Majikan Kilang Serai untuk terus memberikan Biasiswa Eunos bagi tahun demi tahun. Memandang akan sejarah di negara-negara yang telah dapat maju, dengan ada tersebarnya akan ilmu pengetahuan dengan cara yang meluas dan senang didapatkan oleh siapa-siapa sahaja, dengan tidak ada membezakan antara yang miskin dan yang berharta, membuktikan akan berkesannya pada cara yang seperti ini. Cara yang seperti ini sudah membantu Tamadun Islam zaman silam, untuk mencapai tahap teratas lagi dari yang mereka telah mencapainya, hingga pada mereka berjaya menjadi pembuka jalan dalam pelajaran ilmu hitung, ilmu kimia, ilmu alam dan sebagainya, selain dari ilmu batiniah. Bila kita lihat zaman cemerlang Tamadun Islam untuk dijadikan contoh, kita barang pasti ketemu cerita-cerita, seperti tentang bagaimana umat Islam adalah yang pertama, yang meneka paling hampir tepat akan jarak di antara bumi dengan matahari, hanya dengan membuat perkiraan yang berdasarkan isi kandungan ayat-ayat al-Qur-an; umat Islam adalah yang pertama membuka maktab pengajian ilmu kesihatan di dalam sebuah rumah sakit; dan umat Islam adalah yang pertama menyedari bahawa bumi kita ini adalah bujur dan bukan mendatar, beratus-ratus tahun sebelum peneroka Barat mengelilingi dunia. Maka dengan hakikat yang itu dan supaya akan dapat terus dimajukan perusahaan dan ditingkatkan akan cara kehidupan kita pada masa-masa yang akan datang, maka Pihak Majikan Kilang Serai akan terus memberi sumbangan kepada Biasiswa Eunos. Semoga kita sejahtera dan diberkati. Assalaamu ‘alaikum, warahmatullahi, wabarakaatuh. SEMUA memberi tepukan. ABU BAKAR dan BILAL naik ke ‘pentas’. ABU BAKAR mengapit ENGKU ABDULLAH yang tidak berganjak. BILAL Terimakasih kita kepada Engku Abdullah. ENGKU ABDULLAH mengerling ke arah ABU BAKAR. ABU BAKAR Seterusnya, Yang Berhormat Engku Abdullah ingin membuka ruang untuk Pekerja-pekerja Kilang Serai memberi pendapat atau memberi pertanyaan kepada beliau. Setelah beberapa ketika, OMAR HAMZAH maju ke depan. OMAR HAMZAH Yang Berhormat, ada beberapa perkara yang kami, Pekerja Kilang Serai, rasa perlu dibentangkan untuk dibincangkan. Ia adalah berkenaan dengan beberapa perkara yang berlaku di Kilang Serai sejak kebelakangan ini. ENGKU ABDULLAH Bagus, Saudara Omar. Diharap sila sambung dan terangkan. OMAR HAMZAH Pertama sekali, kami ingin tahu sebab-sebab mengapa pada Ramadhan yang lalu kami yang bekerja di waktu siang tidak diberi kebenaran untuk pulang awal seperti tahun-tahun sudah yang biasa dilakukan juga di kilang-kilang lain. Jeda. ENGKU ABDULLAH mengerling ke arah ABU BAKAR. ABU BAKAR Keputusan itu diambil oleh Pengurus-Pengurus Kilang Serai kerana memandangkan bahawa datangnya bulan Ramadhan pada tahun ini bergandingan pula dengan musim di mana hasil pengeluaran kilang perlu dipertingkatkan. Segala sumbangan Pekerja yang melebihi dari apa yang biasa dibuat pada Ramadhan-ramadhan yang sudah amat kami hargai. Semoga kita semua dapat meraih keuntungannya kelak nanti. OMAR HAMZAH Kalau ia merupakan usaha untuk mempertingkatkan pengeluaran, itu bererti ia menambah hasil keuntungan yang sedia ada. Jadi kami ingin tahu pula mengapa kami tidak diberi Saguhati Ramadhan yang berupa gaji setengah bulan yang diberi awal waktunya. Walaupun saguhati ini bukan merupakan hak asasi kami sebagai Pekerja Kilang, tetapi setelah bertahun-tahun menerimanya, kebiasaan itu telah menjadikan ia satu keperluan. Persiapan sambutan bulan Ramadhan dan ‘Idul Fitri kami ada yang tergugat dan ada yang tergendala kerana tidak menerimanya. Kami amat kecewa dengan Pihak Majikan atas tindakan ini. Jeda. ENGKU ABDULLAH mengerling ke arah ABU BAKAR. ABU BAKAR Kami memohon maaf, zahir dan batin, dan berharap Pekerja Kilang semua akan tabah dan sabar menempuh segala dugaan. Kami akan berusaha untuk memastikan perkara ini tidak berulang lagi pada masa yang akan datang. Jeda. OMAR HAMZAH Bagaimanakah boleh, disamping kita kekurangan wang perbelanjaan hingga persiapan Ramadhan dan ‘Idul Fitri tergendala, kita mendabik dada dengan memberi sumbangan kepada biasiswa? Di manakah keadilan bagi Perkerja Kilang Serai bila wang yang kita perlukan dijadikan sumbangan biasiswa untuk Aminah dan Ahmad, yang memang seharusnya menjadi taggungjawab Yang Berhormat dan saya sendiri? Apakah sanggup Yang Berhormat dan saya sendiri menerima hakikat bahawa wang biasiswa yang diterima oleh Aminah dan Ahmad, yang sememangnya Yang Berhormat dan saya sendiri mampu membiayainya, datangnya dari hasil keringat Pekerja Kilang Serai yang, pada ketika yang sama, juga memerlukannya? ABU BAKAR Saudara Omar,.. ENGKU ABDULLAH menahan ABU BAKAR. ENGKU ABDULLAH Saudara Omar dan Pekerja Kilang Serai sekelian, kita harus melihat akan keadaan ini dari pandangan yang lebih menyeluruh. BILAL mencelah. BILAL Saya mohon maaf kepada Yang Berhomat dan Saudara Omar kerana mencelah. Rasa-rasanya, kita terpaksa menangguhkan perbincangan ini ke suatu waktu yang lain di mana Yang Berhormat, Saudara Omar dan Saudara Abu Bakar boleh menimbulkan persoalan masing-masing dan cuba mencari penyelesaian dengan cara yang aman. Dengan teragak-agak dan perasaan berat hati, ENGKU ABDULLAH, ABU BAKAR dan OMAR HAMZAH kembali ke tempat masing-masing. BILAL Sekarang, bagi meneruskan sambutan ‘Idul Fitri malam ini, saya menjemput semua yang hadir untuk menonton wayang gambar “Antara Dua Darjat”. Cahaya di kawasan umum pentas mula malap, layar diturunkan di tengah pentas dan sepanduk dengan kekata ‘Sambutan Perjumpaan ‘Idul Fitri di Balai Raya Kampung Ubi’ dinaikkan. ORANG KAMPUNG MELAYU bergerak ke belakang pentas di belakang layar untuk ‘menonton’ wayang gambar dan kedengaran desas-desus mereka membincangkan hal yang baru berlaku. BILAL dan MAKCIK 1, 2, 3 bergerak ke kawasan khusus masing-masing. SAMBUTAN - ANTARA DUA DARJAT MAKCIK 2 Ini yang kita nantikan dari tadi. Kalau ‘dah kata filem P Ramlee, memang bukan saya s’orang, tapi ramai yang minat. Lagi-lagi kalau cerita kehidupan macam “Antara Dua Darjat” ‘ni, bukan ‘aja ketawa pecah perut, sampai menangis-nangis pun ada. Berjiwa rakyat P Ramlee ‘tu. MAKCIK 1 Pencapaian P Ramlee dalam seni perfileman memang patut dibanggakan. Dia ‘tu dulu, sampai tahap dapat anugerah seluruh Asia dan antarabangsa. Kalau filem sekarang, lagi-lagi yang di television ‘tu, jangan kata menang anugerah antarabangsa. Orang Melayu sendiri nak tengok pun malu! MAKCIK 2 Buang-buang duit ‘aja berpuluh ribu satu episod. P Ramlee tak pernah pegang duit belanja bikin filem. Itupun, yang dia hasilkan, hmm! Agaknya Mat Sentol s’orang ‘aja yang boleh lawan. MAKCIK 1 Mat Sentol ‘tu lain angkatan. Lain aliran dia. Kalau dalam bahasa television, bukan ‘aja lain saluran atau lain station. Lain frequency! MAKCIK 3 Allahyarham P Ramlee ‘tu ‘dah berpuluh tahun jadi arwah. Kalau betul suka, kagum, minat, sayang, pergi melawat kubur dia. Baca surah al-fatehah, surah yaasin, sedekahkan pahalanya pada dia. Baru P Ramlee dapat hasil jasa dia bikin filem. Kalau suka Mat Sentol, tanya dengan orang Siglap ‘kat Singapura. Mat Sentol dulu tinggal Siglap! Bunyi-bunyian “Fanfare SIGELAP” bermula dan dipancarkan di atas layar nama penaja-penaja persembahan “SIGELAP” satu per satu. MAT dan MINAH bergerak ke depan pentas, depan layar. Bunyi-bunyian “Fanfare SIGELAP” beransur reda. BILAL, MAT dan MINAH meluahkan isi hati mereka dengan “Tak Ku Sangka” dalam gaya Deklamasi Puisi. KASIH TAK KESAMPAIAN - TAK KU SANGKA MAT Tak ku sangka Mak, Bapak katakan Jangan pungguk merindukan bulan MINAH Tak ku sangka Papa dan lumrah Utamakan masa depan cerah BILAL Tak ku sangka mungkin terjadi Sejarah hitam ulang kembali MINAH Tak ku sangka BILAL Tak ku duga MAT Takdir juga BILAL Tafsir murka MINAH Tak ku sangka BILAL Tak ku duga MAT Takdir juga BILAL Tafsir murka MAT Tak ku sangka Mak, Bapak katakan Jangan pungguk merindukan bulan MINAH Tak ku sangka Papa dan lumrah Utamakan masa depan cerah BILAL Tak ku sangka mungkin terjadi Sejarah hitam ulang kembali MINAH Tak ku sangka BILAL Tak ku duga MAT Takdir juga BILAL Tafsir murka MINAH Tak ku sangka BILAL Tak ku duga MAT Takdir juga BILAL Tafsir murka Selesai deklamasi “Tak Ku Sangka”, bunyi-bunyian “Fanfare SIGELAP” berakhir dan bunyi-bunyian “Wayang Badan” dimainkan. KUDRAT - WAYANG BADAN Pentas menjadi huru-hara bila ‘kebakaran’ berlaku semasa menonton wayang gambar “Antara Dua Darjat” dan seluruh babak terpancar di atas layar seperti Wayang Kulit. Bila “Wayang Badan” berakhir, suasana atas pentas menjadi sepi. Kelihatan di atas layar bayang-bayang seorang mendukung seorang yang lain. Layar dinaikkan. Ternyata bahawa MAT sedang mendukung BILAL. Lagu gaya bebas “Talqin” bermula. ORANG KAMPUNG MELAYU bergerak perlahan-lahan ke depan pentas dengan MAT berada di hadapan sekali. KUDRAT - TALQIN SEMUA Wahai si Mati, Sematkanlah di hati Lidah dihenti, Berbicara jasmani Kubur diisi, Dihimpit akan sendi Sedahsyat mimpi, Yang tidak diakhiri Allah Tuhan mu, Dan Muhammad Rasul mu Islam agama mu, Al-Qur-an imam mu Ka’bah kiblat mu, Muslim, Mukmin bangsa mu Allah Tuhan mu, Dan Muhammad Rasul mu Kami yang pergi, Doa ‘kan direstui Yaasiin iringi, Al-Baqarah ubati Daun melayu, Mendoakan selalu Infaq dituju, Menerangi rumah mu Allah Tuhan mu, Dan Muhammad Rasul mu Islam agama mu, Al-Qur-an imam mu Ka’bah kiblat mu, Muslim, Mukmin bangsa mu Allah Tuhan mu, Dan Muhammad Rasul mu Putuslah sudah, Amalan dan ibadah Harapan musnah, Langit tiada cerah Yang ditinggalkan, Anak-anak sekalian Yang mewariskan, Lencana perjuangan Allah Tuhan mu, Dan Muhammad Rasul mu Islam agama mu, Al-Qur-an imam mu Ka’bah kiblat mu, Muslim, Mukmin bangsa mu Allah Tuhan mu, Dan Muhammad Rasul mu Lagu “Talqin” beransur kuat hingga tahap ORANG KAMPUNG MELAYU meraung-raung kesedihan. Cahaya mati dan semuanya senyap secara tiba-tiba. Bunyi-bunyian “Lagu Tema SIGELAP” dimainkan. LAGU TEMA “SIGELAP” Pelakon-pelakon ‘menyahut’ panggilan tirai dan tirai ditutup. SELESAI. A T A U BAHAGIAN SETERUSNYA BOLEH DIPERSEMBAHKAN HANYA JIKA PERLU! Bunyi-bunyian “Lagu Tema SIGELAP” dimainkan. LAGU TEMA “SIGELAP” Cahaya mula terangi pentas. ORANG KAMPUNG MELAYU membuat tableaux pengkebumian BILAL, persetujuan PENGURUS-PENGURUS & PEKERJA-PEKERJA KILANG SERAI, dan majlis pernikahan MAT & MINAH. Pelakon-pelakon ‘menyahut’ panggilan tirai dan tirai ditutup. SELESAI.